ISU KEPENGGUNAAN: Bayangkan diri anda dimalukan dengan dihalau dari pasar raya atau gedung membeli-belah.
Itulah yang terjadi kepada seorang pejuang hak pengguna yang juga mengetuai gabungan persatuan pengguna terbesar di Malaysia, ketika beliau dihalau dengan biadab di sebuah pasar raya baru-baru ini.
Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Dr Marimuthu Nadason berang selepas beliau dipaksa keluar daripada premis pasar raya, hanya kerana melakukan menyahut seruan kerajaan kepada persatuan pengguna – membuat pemeriksaan dan perbandingan harga.
Pada 8 April lalu, Marimuthu bersama-sama 30 kakitangan dan 30 orang media melakukan sisi pemeriksaan harga selepas pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Beliau berkata, salah satu pasar raya yang dikunjungi adalah Tesco di Paradigm Mall, Kelana Jaya.
“Ketika kami sedang periksa harga, kakitangan Tesco mula paksa kami keluar. Mereka kata kami tiada kebenaran untuk berada di sana.
“Sebagai pengguna, saya ada hak untuk ke sana. Kami adalah pelanggan. Kakitangan saya turut membeli di sana,” katanya yang jelas marah, ketika dihubungi Semut Harian.
Katanya, ketika membuat laporan kepada pengurusan Tesco tentang insiden itu, mereka diberitahu ia berpunca daripada “salah komunikasi”.
“‘Miscommunication’ apa? Kami hanya beli barang dan periksa harga. Kami ada hak untuk periksa harga.
“Selaku syarikat multinasional, mereka sepatutnya amalkan piawaian kelakuan yang sama seperti negara asal mereka, United Kingdom,” katanya.
Katanya lagi, mereka diminta untuk meninggalkan premis kerana Tesco merasa “takut”.
“Anda akan rasa takut bila sembunyikan sesuatu. Jika tidak, kenapa suruh kami keluar? Apabila ke Giant dan Aeon, mereka alu-alukan kami.
“Saya tiada hormat lagi kepada mereka (Tesco). Apa-apa sahaja khidmat sosial korporat yang mereka buat, saya tiada kepercayaan lagi terhadap mereka,” kata Marimuthu lagi.
Ketika dihubungi, Pengurus Komunikasi Bahagian Hal-ehwal Korporat Tesco Malaysia Rohazida Mohamed berkata, ia “benar-benar satu salah faham, yang kami telah pun mohon maaf kepada Fomca”.
“Sebagai peruncit multinasional yang bertanggungjawab, kami sentiasa menjalankan perniagaan dengan cara yang telus, jujur dan beretika. Kami sentiasa melibatkan pihak-pihak berkepentingan dengan cara yang bertanggungjawab dan profesional.
“Kami menghargai peranan yang dimainkan Fomca dan mana-mana persatuan pengguna berdaftar. Mereka memberikan perkhidmatan berharga kepada penguna, dan tentulah amat baik jika surat pengesahan diberikan ketika lawatan.
“Kami memang sentiasa menerima kunjungan daripada pegawai penguatkuasa kerajaan yang turut perlu menunjukkan pengesahan sebelum diberi akses. Prosedur sama turut terpakai kepada media,” katanya menerusi jawapan emel.
“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berkata yang pengguna perlu memainkan peranan dan periksa harga. Tetapi ketika kami buat, ini pula yang terjadi.
“Kami telah menulis kepada Tesco dan KPDNKK tentang insiden ini, namun hanya menerima maklum balas daripada Tesco, yang mengatakan ia adalah ‘miscommunication’. Kami belum terima apa-apa daripada kementerian,” katanya.
Marimuthu merujuk kepada kenyataan yang dibuat kerajaan, termasuk oleh Menteri KPDNKK Hasan Malek yang dilaporkan berkata, kementerian tidak memiliki sumber manusia yang cukup untuk menguatkuasakan undang-undang anti-pencatutan namun maklum balas dan pemberitahuan orang ramai dapat membantu usaha mereka untuk menghentikan tindakan licik peniaga.
Hasan berkata, maklum balas yang tepat daripada orang ramai akan membantu kerajaan melindungi pengguna.
Marimuthu juga merujuk kenyataan Ketua Wanita Umno Shahrizat Abdul Jalil, bahawa persatuan pengguna pada zaman dulu lebih aktif dan berpengaruh dalam membantu kerajaan, dan Wanita Umno ingin bekerjasama dengan persatuan pengguna untuk memastikan peniaga yang menyeleweng.
“Kami memang aktif dan akan melaksanakan tugas kami, namun kerajaan perlu membantu dengan tidak membenarkan insiden seperti kami “dihalau” ini tidak berlaku.
“Jika ini boleh berlaku kepada saya dan kakitangan, apatah lagi pengguna biasa? Jadi saya menyeru agar pengguna memilih ‘pasar raya yang mesra’ ketika membeli-belah,” katanya.
Apa yang dikatakan Marimuthu memang betul.
Jika anda tidak sembunyikan apa-apa, mengapa halau persatuan pengguna yang berkunjung ke pasar raya anda bersama-sama wartawan?
Jika anda memang mematuhi motto “harga rendah setiap hari” anda, kunjungan mereka pasti akan memberi publisiti percuma bahawa pasar raya anda adalah tempat yang baik untuk pengguna.
Namun, tindakan berlawanan hanya memberi tanggapan buruk dan membuatkan pengguna merasa tidak senang.
- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Pasar-raya-halau-aktivis-kerana-buat-pemeriksaan-harga#sthash.phits3jk.dpuf
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.