Friday, April 24, 2015

Berani ke Datuk Ahmad Maslan menyahut cabaran PAS.......?

GST: PAS cabar Ahmad Maslan berdebat di Rompin
Tuan Ibrahim menggesa BN menunjukkan bukti kepada rakyat bahawa 532 barangan dan 345 jenis barang dan perkhidmatan akan mengalami penurunan harga.

MUADZAM SHAH 24 April:

PAS mencabar pemimpin Barisan Nasional untuk berdebat di Parlimen Rompin berhubung isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dalam kempen untuk meraih undi Parlimen itu.

Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin dari PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beliau sendiri mahu mencabar Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beliau sendiri mahu mencabar Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

“Saya ingin mencabar Ahmad Maslan untuk berdebat di Rompin bagi mempertahankan kata-katanya terhadap Pakatan Rakyat dan membuktikan bahawa GST telah menyebabkan harga barangan turun,” katanya ketika ditemui pada dalam sidang media, hari ini.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menggesa BN menunjukkan bukti kepada rakyat bahawa 532 barangan akan mengalami penurunan harga dan 345 jenis barang dan perkhidmatan yang hanya mengalami kenaikan kurang daripada 5.8 peratus sedangkan GST pada tahap 6 peratus.

“Beliau (Ahmad Maslan) berulang kali mengatakan harga barang akan turun apabila GST dilaksanakan di Parlimen dan Twitternya. Sedangkan sejak ada GST dari segi pengangkutan sahaja rakyat sudah boleh membuktikan bahawa BN menipu.

“Mereka terpaksa menerima caj GST yang dikenakan pada insuran kereta, cukai jalan dan kenaikan harga pada penyelenggaraan kereta dan tayar. Begitu juga kos perubatan mereka terpaksa bayar GST pada harga yang telah dinaikkan,” katanya.

Pada PRK Rompin ini, PAS membuka peluang kepada Ahmad Maslan yang juga Ahli Parlimen Pontian itu untuk mempertahankan GST kepada 53,838 pengundi.

“Kerajaan terbukti gagal untuk menurunkan harga barangan ketika menurunkan harga minyak kepada RM1.70.

Adakah rakyat percaya pada kata-kata Ahmad Maslan bahawa penurunan harga barangan akan berlaku selepas GST dilaksanakan?

“Datanglah ke Rompin untuk membuktikan Pakatan Rakyat tersilap membantah GST. Marilah beri nasihat supaya pengundi di Rompin perlu kerap memasak di rumah untuk mengelak GST tatkala harga makanan asas seperti sayur, daging, dan ikan melambung walau tidak dikenakan GST,” katanya.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/04/24/gst-pas-cabar-ahmad-maslan-berdebat-di-rompin/#ixzz3YCcwUxXR

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-