Fatwa : Mungkin pengundi tak keluar undi langsung
SHAH ALAM – Susulan kenyataan Ketua Urusan Ulama Pas Permatang Pauh, Badrul Abdul Rahman yang meletakkan hukum haram dan berdosa mengundi calon yang menolak hudud, penganalisis berpendapat kemungkinan ‘fatwa’ itu akan menimbulkan rasa keliru atau takut kepada pengundi terutama yang beragama Islam.
Penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, kenyataan seperti itu boleh mempengaruhi sokongan pengundi Pas terhadap mana-mana calon.
“Isu ini lebih dimainkan untuk menakutkan orang Melayu Islam di situ. Kalau isu hudud sahaja tidak boleh diperdebatkan...kalau sampai ke tahap itu, pada saya teruklah. Sedangkan isu hudud ini perlu dibincangkan sebab rakyat di bawah ramai yang tak faham. Kalau ditakut-takutkan begini, lagi ramai rakyat yang tak faham.
“Kenyataan seperti ini boleh mempengaruhi sokongan orang Pas terutamanya di kawasan Permatang Pauh. Tapi secara umumnya, isu yang paling hangat di sana adalah isu ekonomi. Jadi, orang muda, orang bukan Islam dan pengundi luar lebih melihat isu ekonomi,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.
Melalui kenyataan medianya semalam, Badrul menyebut, membantah dan mempertikaikan hudud akan merosakkan akidah umat Islam.
Turut senada dengan Mohd Azizuddin, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohammad Fuad Othman berkata, PKR bakal berdepan ujian getir di pilihan raya itu nanti susulan ‘penarikan’ sokongan jelas daripada Pas kawasan tersebut.
“Apabila kenyataan seperti ini dikeluarkan, tujuannya untuk mengelakkan pengundi daripada mengundi calon dari parti yang menolak hudud. Tapi saya rasa PKR tidak ada lagi keluarkan kenyataan rasmi menolak hudud. Kalau dengar daripada pemimpin-pemimpinnya memang ada begitu.
“Saya rasa ini adalah satu cubaan untuk Pas...bukan sabotaj tetapi menarik sokongan daripada PKR di Permatang Pauh. Caranya dengan mengeluarkan pandangan atau fatwa sedemikian rupa. Pas tidak boleh suruh boikot tapi bahasa yang lebih lembut adalah dengan menarik sokongan Pas daripada menyokong PKR di Permatang Pauh,” katanya.
Beliau turut tidak menolak kemungkinan pengundi tidak akan keluar mengundi ataupun berlakunya undi protes pada PRK Parlimen itu nanti.
“Kesannya...Pas ada ‘tempat’ di Permatang Pauh...ada beberapa kawasan yang dikuasai Pas di sana, ramai juga Melayu. Jadi, saya fikir PKR akan berdepan ujian yang getir di sana untuk mempertahankan kerusi di Permatang Pauh.
“Saya rasa mereka tidak keluar mengundi ataupun undi rosak. Ada kemungkinan mereka tidak keluar mengundi terus. Kecuali mereka hendak menunjukkan undi protes dengan undi rosak itu nanti,” katanya.
Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada arahan langsung daripada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menyelesaikan isu di Permatang Pauh itu, kedua-dua penganalisis mempunyai pandangan yang berbeza.
“Saya menjangkakan, Hadi tidak akan keluarkan arahan sebab dalam mesyuarat Pas Pusat sebelum ini sudah keluarkan arahan untuk sokong pemimpin PKR. Tapi kalau dia keluarkan arahan untuk mengundi, mungkin Ketua Urusan Ulama Pas Permatang Pauh terpaksa akur dengan kata-kata Presiden. Tapi setakat ini, saya rasa Haji Hadi tidak akan keluarkan sebarang arahan,” kata Dr Mohammad Fuad.
Manakala Dr Mohd Azizuddin pula berpandangan, arahan dan sokongan Abdul Hadi ke atas calon PKR akan menyelesaikan kemelut di kawasan Parlimen itu.
“Sepatutnya Pas Permatang Pauh ikutlah apa saja keputusan Pas Pusat. Tapi sekarang ini, masalahnya Ustaz Hadi pun tidak ada mengeluarkan arahan yang jelas (sama ada) semua ahli kena ikut dan sebagainya. Dia senyap. Tidak ambil tahu.
“Tak tahulah sama ada penamaan calon nanti dia akan datang atau tidak. Kalau dia datang, nampak macam ada ‘arahan’ dari atas suruh ikut siapa saja calon PKR. Itu yang kita nantikan sekarang ini. Kalau tidak datang maksudnya memang akan ada masalah. Sokongan Pas akan lari sedikit. Mereka mungkin tidak mengundi BN tapi mungkin tak mengundi langsung,” katanya.
Sebelum ini, Pas Permatang Pauh mendesak PKR dan pemimpinnya yang menolak dan menghina hudud, menarik balik semua bantahan dan penghinaan itu jika mahu bantuan dan sokongan Pas kawasan itu dalam kempen PRK Permatang Pauh kelak. - SH
Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=268932:fatwa--mungkin-pengundi-tak-keluar-undi-langsung&Itemid=2#ixzz3Y5VeJLvw
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
Wak tak heran bile jenguk2 kad blog pencacai2 UMNO boleh di katekan semuenye ' nampak bersetuju ' dengan kerajaan BN menaikan har...
-
Mungkin ade yang hairan kenape Wak tibe2 tertumpu ke Gelang Patah Johor. Sebab nye Wak bertumpu ke Gelang Patah kerane di sini boleh lah ...
-
Pakatan Rakyat sudah semakin longgar pakatan nya. Ini telah terbukti semasa parti itu menjalankan strategi kempen nya N31 Bagan Pinang. Ol...
-
Jamil: Bekalkan senjata pada penguatkuasa agama Bernama 6:42PM Nov 12 ...
-
Nik Amar perlu ukur baju di badan sendiri Kedudukan penyandang jawatan timbalan presiden PAS Mohamad Sabu kini dilihat le...
-
"KULA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini menasihati MCA menyelesaikan kemelut politik mereka dengan segera sebelum rakyat mengambi...
-
What happened in Ayodhya? In 1992 a mosque in Ayodhya was torn down by angry Hindus who believed that Hindu...
-
gambar hiasan alangkah indahnya jika 'serikandi' cina dan india sama2 angkat sepanduk yang bertulisan jawi? Hari ini parti PAS tak ...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.