Wednesday, April 8, 2015

RUU Kanun Tatacara Jenayah ditangguh

Penangguhan itu adalah susulan ahli-ahli parlimen daripada pihak pembangkang dan Barisan Nasional juga tidak bersetuju dengan cadangan pindaan yang dibawa. Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 8 April:

Susulan tentangan yang diterima kerajaan berkenaan cadangan pindaan Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah yang dibentangkan hari ini ditangguhkan.

Penangguhan itu diusulkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar untuk bacaan kali kedua dan ketiga sehingga sesi akan datang.

Turut ditangguhkan ialah RUU Keterangan (Pindaan) 2015 yang akan turut dibawa pada mesyuarat akan datang atas usul Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri.

Penangguhan itu adalah susulan ahli-ahli parlimen daripada pihak pembangkang dan Barisan Nasional juga tidak bersetuju dengan cadangan pindaan yang dibawa.

Malah hampir kesemua yang menolak pindaan ini menyifatkan undang-undang berkenaan zalim untuk dilaksanakan.

Antara yang menolak pindaan RUU Kanun Tatacara Jenayah ialah Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Raden.

Bung dengan keputusan itu dalam masa yang sama turut menegaskan bahawa ahli parlimen Barisan Nasional (BN) bukanlah ‘rubber stamp’ seperti yang didakwa pembangkang selama ini.

“Kita bukan rubber stamp. Mana-mana akta yang saya rasa tidak selesa, saya akan bantah,” katanya ketika membahaskan pindaan RUU tersebut di dalam sidang Dewan Rakyat sesi pagi.

Ahli Parlimen Pengerang yang juga bekas pengamal undang-undang, Datuk Seri Azalina Othman Said turut mempertikaikan berkenaan cadangan pindaan tersebut.

Menurut beliau, tiada perbincangan mendalam berhubung undang-undang berkenaan sehinggakan terdapat beberapa kecacatan di dalam cadangan pindaan RUU Kanun Tatacara Jenayah tersebut.

Turut sama menolak kepada pindaan tersebut ialah Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, Ahli Parlimen Putatan, Marcus Majinggoh dan juga ahli-ahli parlimen dari pakatan pembangkang.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/04/08/ruu-kanun-tatacara-jenayah-ditangguh/#ixzz3Whb7W03f

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-