Oleh Shahbudin Husin
Setelah Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin secara terbuka menyatakan sokongan kepada "perjuangan kebenaran" yang dilakukan Tun Dr Mahathir Mohamad semalam, persoalan yang menjadi bualan ramai sekarang ialah "apa selepas itu?
Cukupkah sekadar menyatakan sokongan dan berkata "you are not alone" saja?
Berubahkah apa yang cuba dilakukan Dr Mahathir jika sekadar sokongan dalam bentuk ungkapan saja?
Atau Muhyiddin perlu bergerak pantas dengan tindakan-tindakan lain yang lebih agresif lagi?
Secara umumnya apabila TDrMahathir semakin mengasak kedudukan Najib dengan mendedah dan menyerangnya dari pelbagai sudut, ia lebih menghakis sokongan di peringkat akar umbi Umno dan juga di kalangan rakyat.
Tetapi di peringkat kepimpinan Umno dan kerajaan, ia masih tidak menggugat kerusi Perdana Menteri yang sedang diduduki Najib kerana majoriti mereka masih selesa dengan nikmat jawatan dan kedudukan yang dinikmati sekarang.
Sebagaimana sebelum ini Najib menerima sokongan daripada Ketua-Ketua Bahagian, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri, semua mereka tidak berganjak walaupun Dr Mahathir makin meningkatkan serangannya hari demi hari.
Sehingga ada di kalangan mereka yang memegang jawatan penting dalam Umno dan kerajaan turut secara terbuka menolak kepimpinan Najib, barulah kedudukannya benar-benar goyang.
Walaupun semua orang sedar serangan dan kritikan Dr Mahathir terhadap Najib ada benarnya, berpaksikan kebenaran dan bertujuan mengelakkan BN kalah dalam pilihanraya akan datang, hakikatnya majoriti yang bergelar pemimpin lebih sayangkan Najib berbanding parti.
Dalam hal ini, terlanjur Muhyiddin sudah menyatakan sokongan terbuka kepada "perjuangan kebenaran" yang dibawa Dr Mahathir yang tentunya juga bermakna sokongan terhadap semua persoalan yang ditujukan bekas Perdana Menteri itu kepada Najib, beliau tidak seharusnya berlengah lagi dalam mengatur langkah seterusnya.
Dalam erti kata lain, sokongan Muhyiddin kepada Dr Mahathir itu boleh dianggap isyarat beliau sudah hilang kepercayaan kepada Najib yang sedang memimpin parti dan kerajaan. Muhyiddin bukan lagi setakat menghormati hak Dr Mahathir dalam mengkritik dan menanyakan soalan sebagaimana yang pernah disebutnya sebelum ini, tetapi sudah meletakkan dirinya bersama-sama dengan apa yang diperjuangkan bekas Perdana Menteri itu.
Maka itu, adalah perlu Muhyiddin mengulangi peranan seperti yang pernah dimainkannya dalam mempercepatkan pengunduran jawatan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2008 dahulu.
Hanya dengan Muhyiddin mengatur langkah seterusnya, sama ada turut terbuka menuntut Najib berundur seperti yang dimahukan Dr Mahathir atau mulai mengumpul kekuatan di kalangan pemimpin Umno seluruh negara untuk bersama-sama dengannya.
Muhyiddin juga boleh mulai menghadirkan diri dalam setiap program jelajah bersama Dr Mahathir ke seluruh negara bagi memberi lebih tekanan kepada Najib.
Hanya jika salah satu atau semua tindakan itu diambil, barulah "perjuangan kebenaran" Dr Mahathir ini akan menampakkan hasil yang berkesan.
Untuk lebih drastik, sebagai tanda hilang kepercayaan itu, Muhyiddin boleh juga meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri tetapi masih kekal sebagai Timbalan Presiden Umno.
Jika tidak, perjuangan kebenaran ini mungkin akan memakan masa yang lebih lama dan belum tentu dapat dipastikan akan berjaya atau sebaliknya kerana Najib tidak semudah itu mahu mengalah atau berundur.
Muhyiddin tidak perlu risau kerana selain rakyat sedang bersama-sama dan tidak sabar untuk melihatkan Najib disingkirkan berikutan terlalu banyak onar yang ditimbulkannya dalam mentadbir negara, sebahagian besar ahli akar umbi Umno juga berpendirian sama.
Dr Mahathir sudah memulakannya dan jika Muhyiddin segera bertindak lebih berani, tidak sekadar mengucapkan "you are not alone" saja, segalanya-galanya akan lebih cepat menjadi kenyataan.
Banyak harapan kini diletakkan pada Muhyiddin agar beliau mengulangi keberaniannya sepertimana yang pernah dilakukannya kepada Abdullah Badawi dahulu.
Lalu, "Abang Din, tunggu apa lagi?" – TMI
Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=268202:soalan-sama-kepada-muhyiddin-tunggu-apa-lagi?&Itemid=2#ixzz3Xqq3g8Qb
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Wak hairan sungguh, kenape le bangang se sangat pencacai2 umno ni. Kan ke yang di perkatekan oleh Tn Guru tu lebih kurang begini bunyi ny...
-
Mengapa Tamin Taja BN? [Blog Marhaen] Sebuah syarikat pembuat kicap dan sos, Syarikat Tamin yang beroperasi di Enggor Perak selama ini...
-
Apa bila terpandang aje gambar poto ni, wak rasa sangat geli nak masuk restoren ................ Anda semua bagai mane pula? Walaupun ianya ...
-
Wak tak heran pebile sahabat blogger ni kate PAS bodoh piang. PAS di katekan bodoh piang kerene 'mempercayei cakap Lim Guan Eng masuk ...
-
Wak heran juge kenape Kongres Melayu Pulau Pinang ni terlalu sibuk dengan status quo 20 anggota jawatankuase DAP Pulau Pinang. DAP tu memang...
-
Mungkin ade yang hairan kenape Wak tibe2 tertumpu ke Gelang Patah Johor. Sebab nye Wak bertumpu ke Gelang Patah kerane di sini boleh lah ...
-
Wak hairan, kenape pemimpin2 Pakatan Rakyat tidak pernah menyedari mengape sebab2 nye parti itu tewas pade PRU13 yang lepas. Sebenar nye ...
-
Oleh Shahbudin Husin Saya terpanggil untuk menjawab tulisan Ketua Umno Bahagian Cheras, Syed Ali Alhabshee yang mempertahankan tindakan is...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.