Saturday, April 11, 2015

Tiga Naib Presiden UMNO haraf jawapan Najib diterima


KUALA LUMPUR – Jawapan Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap segala kritikan dan persoalan yang dibangkitkan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad jelas memperlihatkan manifestasi keikhlasan beliau.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, keterbukaan ditunjukkan Perdana Menteri apabila sanggup meluangkan masa kira-kira sejam juga diyakini mampu mengurus persepsi terhadap kepemimpinan beliau.

Sehubungan itu, beliau berharap, rakyat serta pihak yang membangkitkan kritikan dapat menilai setiap penjelasan Perdana Menteri secara budiman kerana kerajaan sentiasa komited untuk menambah baik pentadbiran negara.

“Jawapan Perdana Menteri adalah sesuatu yang telus sebagai manifestasi keikhlasan beliau, sekali gus dapat menguruskan persepsi negatif yang dicipta pihak tertentu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula berkata, sebelum penjelasan khas itu pun, sebenarnya Perdana Menteri telah berulang kali menjawab isu yang berbangkit tetapi pihak tertentu sengaja melupakan.

Menurutnya, dalam menangani persepsi negatif terhadap kerajaan, penjelasan berterusan sebagaimana dibuat bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini perlu diteruskan kerana percaya kebenaran perlu didedahkan.

“Walau bagaimanapun sekarang ini, sekurang-kurangnya sudah terjawab tuduhan pihak tertentu yang sebelum ini menuduh kononnya Perdana Menteri membisu adalah tidak tepat,” jelasnya yang juga Naib Presiden UMNO.

Seorang lagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal pula berharap rakyat menerima penjelasan Perdana Menteri dan terus bergerak ke hadapan. - UTUSAN

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=265112:tiga-naib-presiden-umno-harap-jawapan-najib-diterima&Itemid=2#ixzz3Wy1HzPRd
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-