Monday, April 13, 2015

Tun Dr Mahathir nampaknya belum puas menghentam Perdana Menteri......?

Pemimpin Umno setia kerana duit – Mahathir

KUALA LUMPUR 12 APRIL- Bekas Presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad membidas semula pengkritiknya dengan mengatakan Umno kini adalah ‘tentang duit’ dan hanya setia kerana wang.

Kecaman Mahathir itu dinyatakan dalam video yang dimuatnaik dalam sebuah blog, susulan jawapan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap kritikannya di kaca TV baru-baru ini.
“The Umno now is about money (Umno sekarang tentang duit). Ketua-ketua Umno setia sebab mereka dapat sesuatu, dapat kontrak.

“Yang dapat jawatan-jawatan tu semua dapat duit,” katanya ketika diminta mengulas pandangan yang mengatakan tindakannya menyebabkan perkelahian antara kumpulan pro-Najib dan pro-Mahathir dalam Umno.

Mahathir mendakwa semasa beliau meninggalkan Umno, parti itu berkuasa dan masih tinggi semangatnya, tidak seperti sekarang yang semuanya hanya tentang duit.

Dalam klip tiga minit itu, beliau berulang kali menyatakan sebab kenapa Najib perlu meletak jawatan, antaranya Dasar Ekonomi Baru dan ‘perasaan kecewa orang Melayu’.

“Mereka datang, cakap dengan saya, (Mereka kata) biasiswa tak boleh dapat, dulu boleh mudah dapat,”

“Saya di sini, saya orang Melayu. Walaupun ada orang kata, saya bukan Melayu, takpalah. Nak kata, katalah. Tetapi, daripada segi undang-undang, saya seorang Melayu.

“Saya berusaha untuk ini (untuk negara dan orang Melayu). Orang tolak, takpalah, itu hak mereka. Tapi, hak saya menegur.”

Kepada satu soalan sama ada Najib gagal sebagai pemimpin Melayu, Mahathir kemudiannya dilihat di dalam video itu menganggukkan kepalanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-