Sunday, April 5, 2015

Wah! Marah sesungguh nampak nya situa ni.........

Tun M tak mahu senyap lagi
Dr Mahathir, beliau tidak marah tetapi hanya fikirkan masa hadapan negara dan mengkritik prestasi Najib lebih buruk daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

KUALA LUMPUR, April 4, 2015:

Sekali lagi mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan berkata, beliau tidak mahu tutup mulut lagi dan meminta Najib supaya meletak jawatan.

Kata beliau, dengan cara ini saja UMNO dan negara ini dapat diselamatkan.

Beliau dipetik sebagai berkata demikian oleh The Star Online ketika ditemui di forum ‘What Youth Should Know’ di Cyberjaya hari ini.

Dr Mahathir meminta Najib meletak jawatan kerana prestasinya (sebagai Perdana Menteri) yang lebih buruk daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Namun, tambah Dr Mahathir, beliau tidak marah tetapi hanya fikirkan masa hadapan negara.

“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini saya hanya diam sahaja tetapi saya sudah tidak boleh berbuat demikian lagi. Negara kita dahulu terkenal sebagai antara negara yang mempunyai pengurusan yang baik tetapi tidak lagi. Sekarang, akhbar luar negara melabel Malaysia sebagai negara paling teruk rasuah,” kata Dr Mahathir yang dipetik oleh The Star Online.

Mengenai siapa yang akan menggantikan Najib, Dr Mahathir berkata keputusan itu tertakluk kepada UMNO.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/04/04/tun-m-tak-mahu-senyap-lagi/#ixzz3WM8Dpge9

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-