FMT Reporters
Suspek telah melibas abangnya dengan menggunakan pisau di bahagian leher selepas ditegur kerana tidak berpuasa
KUALA LANGAT: Gara-gara menegur adik tidak berpuasa, seorang abang maut selepas ditetak di leher.
Kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang di rumah keluarga mereka di Jalan Orkid, Batu 8, Sijangkang, Telok Panglima Garang pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt. Zailan Tasir berkata, kejadian bermula apabila mangsa yang berusia 32 tahun dikatakan telah bertengkar dengan suspek.
“Kejadian bermula apabila mangsa bertengkar dengan adiknya yang berusia 26 tahun disebabkan suspek tidak berpuasa.
“Berikutan itu berlaku pergaduhan antara kedua mereka apabila mangsa bertindak agresif dengan mengambil besi panjang di bahagian dapur hingga menyebabkan suspek turut ke dapur untuk mengambil pisau,” katanya yang dipetik daripada Bernama.
Zailan berkata, ketika pergaduhan, suspek menyerang abangnya dengan melibas pisau menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian leher kiri.
“Suspek berhenti menyerang mangsa apabila melihat darah mengalir banyak di bahagian leher abangnya.
“Akibat kecederaan itu, mangsa keluar dari rumah bersama seorang rakan lelaki dengan memandu Proton Wira milik suspek ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang,” katanya.
Zailan berkata, mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
Berikutan kejadian itu, beliau berkata polis menahan suspek untuk siasatan lanjut dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Mungkin ade yang hairan kenape Wak tibe2 tertumpu ke Gelang Patah Johor. Sebab nye Wak bertumpu ke Gelang Patah kerane di sini boleh lah ...
-
Mengapa Tamin Taja BN? [Blog Marhaen] Sebuah syarikat pembuat kicap dan sos, Syarikat Tamin yang beroperasi di Enggor Perak selama ini...
-
Wak hairan, kenape pemimpin2 Pakatan Rakyat tidak pernah menyedari mengape sebab2 nye parti itu tewas pade PRU13 yang lepas. Sebenar nye ...
-
Wak heran juge kenape Kongres Melayu Pulau Pinang ni terlalu sibuk dengan status quo 20 anggota jawatankuase DAP Pulau Pinang. DAP tu memang...
-
Wak hairan sungguh, kenape le bangang se sangat pencacai2 umno ni. Kan ke yang di perkatekan oleh Tn Guru tu lebih kurang begini bunyi ny...
-
Wak tak heran bile jenguk2 kad blog pencacai2 UMNO boleh di katekan semuenye ' nampak bersetuju ' dengan kerajaan BN menaikan har...
-
Wak tak heran pebile sahabat blogger ni kate PAS bodoh piang. PAS di katekan bodoh piang kerene 'mempercayei cakap Lim Guan Eng masuk ...
-
Oleh Shahbudin Husin Saya terpanggil untuk menjawab tulisan Ketua Umno Bahagian Cheras, Syed Ali Alhabshee yang mempertahankan tindakan is...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.