Saya sedia jadi hamba DAP, kata Pak Samad
Sasterawan Negara Datuk A Samad Said yang baru menyertai DAP mengakui bersedia menjadi "hamba" kepada parti itu dan menolak sekiranya diberi jawatan dalam parti.
Samad yang mesra dengan panggilan Pak Samad berkata, beliau sebelum ini pernah menyatakan hasrat kepada pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang untuk menjadi pengikut yang setia dan jujur, bermula dari bawah.
"Setakat ini belum ada pertemuan dengan pucuk pimpinan. Saya baru menyertai (DAP) tetapi saya bersedia jadi hamba bukan jadi pemimpin," katanya kepada pemberita selepas menjadi panel forum bahasa anjuran Kumpulan Sasterawan Kavyan di Shah Alam, hari ini.
Pak Samad secara rasmi menyertai DAP semalam dalam program Gabungan Impian Kelantan di Kampung Pasir Tumbuh, Kelantan.
Katanya, berada dalam politik beliau lebih selesa mengambil pendekatan untuk berunding secara tertutup jika ada kelemahan atau kritikan terhadap DAP atau Pakatan Rakyat (PR).
"Kalau ada sesuatu yang tidak benar atau sulit saya bersedia berunding secara tertutup, bukan macam ahli politik yang ada ini dia senggol satu sama satu di luar," katanya.
Pengerusi Yayasan Teoh Beng Hock 'Trust for Democracy' itu berkata, penyertaannya dalam DAP bukan untuk mendapat kuasa dan tidak bercita-cita menjadi wakil rakyat dalam pilihan raya akan datang, salah satunya kerana faktor usia.
Pak Samad turut mengakui sebelum ini pernah dipelawa beberapa pihak untuk menjadi calon semasa Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.
"Tetapi akhirnya terpulang kepada parti sebab saya jadi hamba kepada parti.
"Kalau berlaku apa-apa yang luar biasa itu bukan kerana saya yang menekankan tetapi saya yang mengisi.
"Oleh kerana usia dan masuk bukan kerana kuasa, untuk membetulkan kuasa, ya, mendapatkan kuasa, tidak," katanya.
Katanya, untuk menjadi ahli politik yang waras, setiap individu perlu menerima susunan hierarki dalam parti walaupun sudah memiliki nama besar dalam bidang lain.
"Kelebihan saya sasterawan negara dan sudah mempunyai nama tersendiri. Oleh kerana usia saya tua orang segan jadi itu yang penting," katanya.
Bagaimanapun katanya, akhirnya terpulang kepada pemimpin tertinggi DAP untuk menentukan kedudukannya dalam parti.
Bercakap dalam forum, Pak Samad berkata perananya juga membolehkan pengaruh DAP tembus ke kawasan pedalaman masyarakat Melayu seperti program penyerahan rumah mangsa banjir inisiatif Gabungan Impian Kelantan (GIK).
"Kalau DAP masuk kampung, saya yang masuk mereka terima.
"Derma orang Cina bagi haram tapi kalau Melayu yang derma (itu) harum," katanya.
Sementara itu, mengulas kefasihan wakil rakyat DAP bertutur Bahasa Melayu dalam Dewan, katanya prestasi mereka amat baik ketika berhujah dan pembentangan isu.
"Sama sekali tidak ada masalah dalam Dewan malah mereka adalah hasil didikan yang bagus," katanya. –TMI
Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=289172:saya-sedia-jadi-hamba-dap-kata-pak-samad&Itemid=2#ixzz3d34xMk2C
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Wak tak heran bile jenguk2 kad blog pencacai2 UMNO boleh di katekan semuenye ' nampak bersetuju ' dengan kerajaan BN menaikan har...
-
Ni yang Wak tersangat hairan sekali, ade pulak yang kene main goncang2 pulak baru mau jadi. Kalu tak goncang make iayenye tak boleh menjad...
-
"KULA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini menasihati MCA menyelesaikan kemelut politik mereka dengan segera sebelum rakyat mengambi...
-
VIDEO HOT : "SAYA AKAN LUDAH MUKA ORANG ITU" - NIK AZIZ Posted by Empayar Pemuda at 11:59 PM ...
-
photo hiasan Lembu korban terkorban Ber ribu2 ekor lembu telah terkorban pada hari raya pertama kedua dan ketiga. Tidak kurang pula warg...
-
What happened in Ayodhya? In 1992 a mosque in Ayodhya was torn down by angry Hindus who believed that Hindu...
-
Mungkin ade yang hairan kenape Wak tibe2 tertumpu ke Gelang Patah Johor. Sebab nye Wak bertumpu ke Gelang Patah kerane di sini boleh lah ...
-
Wak heran juge bile semakin ramai terutamenye kaum mude mudi keturunan banjar sudah semakin melupekan asal usul diri mereke. Boleh dikatekan...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.