Showing posts with label sasterawan Nagara. Show all posts
Showing posts with label sasterawan Nagara. Show all posts

Monday, June 15, 2015

Ape nak jadi ngan situe ni..........???

Saya sedia jadi hamba DAP, kata Pak Samad

Sasterawan ‎Negara Datuk A Samad Said yang baru menyertai DAP mengakui bersedia menjadi "hamba" kepada parti itu dan menolak sekiranya diberi jawatan dalam parti.

Samad yang mesra dengan panggilan Pak Samad berkata, ‎beliau sebelum ini pernah menyatakan hasrat kepada pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang untuk menjadi pengikut yang setia dan jujur, bermula dari bawah.

"Setakat ini belum ada pertemuan dengan pucuk pimpinan. Saya baru menyertai (DAP) tetapi saya bersedia jadi hamba bukan jadi pemimpin‎," katanya kepada pemberita selepas menjadi panel forum bahasa anjuran Kumpulan Sasterawan Kavyan di Shah Alam, hari ini.

Pak Samad secara rasmi menyertai DAP semalam dalam program Gabungan Impian Kelantan di Kampung Pasir Tumbuh, Kelantan‎.

Katanya, berada dalam politik beliau lebih selesa mengambil pendekatan untuk berunding secara tertutup jika ada kelemahan atau kritikan terhadap DAP atau Pakatan Rakyat (PR).

"Kalau ada sesuatu yang tidak benar atau sulit saya bersedia berunding secara tertutup, bukan macam ahli politik yang ada ini dia senggol satu sama satu di luar," katanya.

Pengerusi Yayasan Teoh Beng Hock 'Trust for Democracy' itu ‎berkata, penyertaannya dalam DAP bukan untuk mendapat kuasa dan tidak bercita-cita menjadi wakil rakyat dalam pilihan raya akan datang, salah satunya kerana faktor usia.

Pak Samad turut mengakui sebelum ini pernah dipelawa beberapa pihak untuk menjadi calon semasa Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

"Tetapi akhirnya terpulang kepada parti sebab saya jadi hamba kepada parti.

"Kalau berlaku apa-apa yang luar biasa itu bukan kerana saya yang menekankan tetapi saya yang mengisi.

"Oleh kerana usia dan masuk bukan kerana kuasa, untuk membetulkan kuasa, ya, mendapatkan kuasa, tidak," katanya.

Katanya, untuk menjadi ahli politik yang waras, setiap individu perlu menerima susunan hierarki dalam parti walaupun sudah memiliki nama besar dalam bidang lain.

"Kelebihan saya sasterawan negara dan sudah mempunyai nama tersendiri. Oleh kerana usia saya tua orang segan jadi itu yang penting," katanya.

Bagaimanapun katanya, akhirnya terpulang kepada pemimpin tertinggi DAP untuk menentukan kedudu‎kannya dalam parti.

Bercakap dalam forum, Pak Samad berkata perananya juga membolehkan pengaruh DAP tembus ke kawasan pedalaman masyarakat Melayu seperti program ‎penyerahan rumah mangsa banjir inisiatif Gabungan Impian Kelantan (GIK).

"Kalau DAP masuk kampung, saya yang masuk mereka terima.

"Derma orang Cina bagi haram tapi kalau ‎Melayu yang derma (itu) harum," katanya.

Sementara itu, mengulas ‎kefasihan wakil rakyat DAP bertutur Bahasa Melayu dalam Dewan, katanya prestasi mereka amat baik ketika berhujah dan pembentangan isu.

"Sama sekali tidak ada masalah dalam Dewan malah mereka adalah hasil didikan yang bagus," katanya. –TMI

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=289172:saya-sedia-jadi-hamba-dap-kata-pak-samad&Itemid=2#ixzz3d34xMk2C
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

Thursday, January 1, 2015

Jenazah Abdullah Hussain disemadi selepas solat zohor

Allahyarham Abdullah telah menghasilkan lebih 25 novel, tiga kumpulan cerpen, sembilan terjemahan, sebuah autobiografi dan enam biografi, sepanjang karier beliau sebagai penulis. - Foto laman blog Mimbar Kata

PETALING JAYA, 1 Januari:

Jenazah Sasterawan Negara, Allahyarham Datuk Abdullah Hussain, 94, yang meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Petaling Jaya, kira-kira jam 9 malam tadi, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, selepas solat zohor hari ini, kata anak lelaki Allahyarham, Ahmad Patria Abdullah.

Penerima anugerah Sasterawan Negara kelapan itu adalah seorang penulis yang cukup prolifik dan konsisten, manakala penguasaan beliau dalam beberapa bahasa menjadi faktor yang membantu beliau dalam lapangan diceburinya.

Abdullah yang dilahirkan pada 25 Mac 1920 di Yan, Kedah menerima Anugerah Sasterawan Negara (ASN) pada 1996.

Allahyarham menghasilkan pelbagai karya sepanjang karier beliau sebagai penulis, namun sumbangannya yang cukup menonjol dalam kesusasteraan Melayu tanah air adalah dalam bidang cerpen dan novel.

Beliau telah menghasilkan lebih 25 novel, tiga kumpulan cerpen, sembilan terjemahan, sebuah autobiografi dan enam biografi.

Antara novel terkenalnya adalah Imam, Konserto Terakhir dan Interlok.

Pengiktirafan lain yang diterimanya adalah Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write) dari kerajaan Thailand pada 1981 dan hadiah pertama Hadiah Sako 1.

Berada di sisi Allahyarham ketika menghembuskan nafas terakhir adalah isterinya, Datin Siti Saroja Basri dan lima anaknya berusia 32 hingga 47 tahun.

“Ayahanda menghembuskan nafas dengan tenang dan kami reda dengan pemergiannya,” kata Ahmad Patria.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-