Thursday, June 4, 2015

Gunung Sinabung meletus, ribuan dipindahkan

Penduduk menaiki sebuah kereta lembu di Daerah Karo, dengan berlatarbelakangkan Gunung Sinabung (belakang) yang mengeluarkan asap tebal sejak dua hari lalu. - Foto AFP

JAKARTA, 4 Jun:

Lebih 2,000 penduduk di Daerah Karo, Sumatera Utara terpaksa dipindahkan, apabila Gunung Sinabung mula meletus dan mengeluarkan asap tebal.

Menurut laporan MetroTv News, penduduk beberapa kampung di kawasan itu dipindahkan sejauh 7 kilometer dari kawasan gunung berapi aktif itu.

Laporan itu memetik jurucakap Unit Geologi sebagai berkata, pihak berkuasa tempatan mengeluarkan amaran tahap empat, iaitu tahap awas, setelah gunung berapi itu mula mengeluarkan asap panas sejak dua hari lalu.

Katanya, penduduk diminta mematuhi arahan berpindah demi keselamatan mereka dan mereka akan ditempatkan di pusat pemindahan di Wilayah Kabanjahe.

Sejak September 2013, gunung setinggi 2,460 meter dari permukaan laut itu mula aktif dan statusnya sentiasa tidak stabil serta mempunyai gejala untuk meletus pada bila-bila masa.

Ketua Pusat Maklumat Badan Nasional Tangani Bencana (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho memaklumkan, aktiviti gunung berapi itu semakin meningkat dan pihaknya sedang memantau perkembangan dari semasa ke semasa.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/global/2015/06/04/gunung-sinabung-meletus-ribuan-dipindahkan/#ixzz3c3qETOdi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-