Thursday, June 4, 2015

Dah kata 'usul' pulak dahhhh.........

Itu baru usul, mukatamar akan buat keputusan

MUHAMMAD FAIZAL | 04 Jun 2015.
KUALA SELANGOR: Usul tergempar yang dikemukakan Dewan Ulamak PAS mengenai hubungan dengan DAP bukan suatu keputusan parti.

Perkara itu ditegaskan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sidang sempena Muktamar Tahunan PAS ke 61.

"Itu hanya usul bukan keputusan, siapa sahaja boleh kemukakan usul tetapi keputusan belum tentu lagi.

"Kita menghormati setiap ahli yang memberi pendapat, ia dibawa di dalam muktamar peringkat dewan," katanya.

Beliau turut menegaskan perbezaan pandangan dan bebas mengemukakan usul merupakan prinsip demokrasi di dalam parti itu.

"Muktamar PAS Pusat belum membuat keputusan, lagi pun ia belum dibahas.

"Terserah kepada perwakilan untuk berbahas dan menentukannya," katanya lagi.

Sebelum itu pada Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat ke-54 telah meluluskan usul tergembar berhubung tahaluf siyasi (kerjasama politik) PAS dengan DAP.

Usul tergempar itu telah dibawa AJK Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Mokhtar Senik. – HARAKAHDAILY

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-