Monday, June 29, 2015

Kata "usul" aje pulak dah........

Usul putus dengan DAP, Majlis Syura bermesyuarat selepas Aidilfitri

Datuk Dr Mahfodz Mohamad berkata, ketika ini keanggotaan Majlis Syura masih belum lengkap di mana baru sebahagian ahlinya dilantik.

KUALA LUMPUR, 29 Jun:

Usul memutuskan hubungan dengan DAP oleh Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) dalam Muktamar Tahunan PAS baru-baru ini akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Ulama selepas Hari Raya Aidilfitri.

Ketua DUPP, Datuk Dr Mahfodz Mohamad berkata, ketika ini keanggotaan Majlis Syura masih belum lengkap di mana baru sebahagian ahlinya dilantik.

“Sekarang ini hanya separuhnya daripada ahli Majlis Syura telah dilantik. Mursyidul Am dan Timbalannya pun belum dilantik lagi. Lepas muktamar, Majlis Syura ahlinya semua baru termasuk Mursyidul Am tetapi mungkin orang itu juga.

“Dewan Ulama hanya mencadangkan supaya Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura buat keputusan.

“Sampai sekarang masih belum buat keputusan, Majlis Syura belum bermesyuarat. Mungkin selepas raya,” katanya kepada pemberita diperkarangan Bangunan Majlis Amarah Rakyat (Mara) di sini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan memorandum kepada pengurusan Mara menuntut siasatan penuh oleh Mara berhubung kes pembelian hartanah di Melbourne, Australia oleh Mara Inc.

Mengulas lanjut mengenai usul tersebut, Mahfodz berkata DUPP akur apa sahaja keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura.

“Sekarang ini usul itu belum dilaksana kerana yang hendak memutuskan itu Majlis Syura bukan muktamar.

“Hal-hal yang berkaitan dengan agama, perlu dirujuk kepada Majlis Syura Ulama. Terima atau tidak Dewan Ulama wala’ kepada Majlis Syura,” ujarnya.

Usul DUPP bagi memutuskan hubungan dengan DAP diluluskan tanpa bahas di Muktamar Tahunan PAS ke-61 bagi mengelakkan provokasi.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/06/29/usul-putus-dengan-dap-majlis-syura-bermesyuarat-selepas-aidilfitri/#ixzz3eRWhvgmY

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-