Saturday, June 6, 2015

PAS-DAP putus, telahan Kit Siang jadi kenyataan

Kebimbangan dan ramalan yang menakutkan veteran DAP, Lim Kit Siang akhirnya disifatkan menjadi kenyataan. - Foto TRP/Mokhsin Zamani

KUALA LUMPUR, 6 Jun:

Kebimbangan dan ramalan yang menakutkan veteran DAP, Lim Kit Siang akhirnya disifatkan menjadi kenyataan.

Katanya, beliau telah meramalkan Pakatan Rakyat (PR) yang tidak akan lagi wujud sejak dua minggu lalu menjadi kenyataan berikutan keputusan PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata kebimbangan itu memberi kesan dengan kadar segera terhadap negeri di bawah pemerintahan PR.

“Nampaknya ramalan terburuk terhadap Pakatan Rakyat telah berlaku dan apa yang tinggal adalah upacara-upacara pengebumian. Dengan keputusan dalam Muktamar PAS ini, politik Malaysia telah memasuki ke dalam perairan yang belum diterokai.

“Di Pulau Pinang sebagai contoh, mustahil bagi wakil-wakil PAS terus bekerja di peringkat kerajaan Negeri Pulau Pinang disebabkan keputusan Muktamar PAS.



“Di Selangor, senario yang paling buruk juga termasuk pilihan raya negeri umum bagi Selangor.

“Apa yang berlaku sudah pasti memberi kemenangan kepada strategi UMNO dan komplot dalam konspirasi mereka untuk membahagi dan menghancurkan PR dengan mengumpan kerajaan perpaduan antara UMNO dan PAS serta pelaksanaan hudud di Kelantan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, dengan keputusan yang dibuat PAS, Lim percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak akan membenarkan parlimen meluluskan hudud.

“Malah, usul itu tidak ada di atas kertas perintah itu di Parlimen apabila Parlimen bersidang Isnin ini,” ujarnya.

Dalam pada itu beliau menyifatkan perkara itu adalah ‘perjuangan politik’ Najib, yang katanya mustahil bagi Najib menyokong usul Hudud kerana mahu mengekalkan sokongan Barisan Nasional (BN) daripada Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak yang mungkin akan menentang hudud.

Walaupun mengakui kebimbangan yang melandanya, Lim menasihatkan penyokong untuk membawa ‘Dream Malaysia’ demi mengimpikan Malaysia yang ‘bersih dan tidak rasuah’.

“Mengejar Dream Malaysia mesti diteruskan, sama ada PR atau tidak, tanpa mengira bangsa, agama atau wilayah, untuk membina masa depan yang lebih baik untuk mereka,” katanya.

Terdahulu, Muktamar PAS di Kuala Selangor pagi ini menyaksikan keputusan secara rasmi menamatkan hubungan dengan rakan komponen DAP.

Ia telah diluluskan tanpa perbahasan, yang mencetuskan kemarahan beberapa perwakilan yang mahu ia dibincangkan.

Berikutan itu, Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggesa perletakan jawatan segera dan ‘tidak dapat dielakkan’ wakil PAS dalam kerajaan negeri Pulau Pinang.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/06/06/pas-dap-putus-telahan-kit-siang-jadi-kenyataan/#ixzz3cHvfxh6i

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-