PR hancur kerana permainan DAP
Faiz Zainudin | June 20, 2015
DAP memulakan permainan dengan menyerang kepimpinan Pas dan parti itu juga yang mematikan PR.
PETALING JAYA: Kepimpinan baharu Dewan Pemuda Pas mendakwa DAP adalah punca sebenar berlakunya keretakan dalam Pakatan Rakyat (PR).
Naib Ketuanya, Ir. Khairil Nizam Khairudin berkata, parti itu secara berterusan membuat serangan peribadi terhadap presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan mengaitkan beliau dengan isu perlantikan MenteriBesar Selangor, hudud dan kerjasama dengan UMNO.
Katanya, walaupun, Pas telah beberapa kali memberi penjelasan berhubung isu yang dibangkitkan pemimpin DAP, namun parti itu terus berdegil dengan memfitnah Pas, sehingga bertindak membuat keputusan untuk memutusakan hubungan dengan Presiden Pas.
“DAP secara konsisten menyerang hampir setiap hari dan mencampuri urusan dalaman pemilihan Pas menjelang Muktamar Pas yang lalu.
“Perkara ini turut disedari dan ditempelak oleh beberapa pimpinan PAS yang turut kalah dalam pemilihan baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Khairil berkata, tindakan melampau DAP itu memaksa Dewan Ulama Pas membuat keputusan untuk membawa usul bagi memutuskan hubungan dengan parti itu namun kekal dalam Pakatan Rakyat (PR).
“Bagaimanapun, ia dengan syarat mendapat persetujuan daripada Majlis Syura Ulama PAS,” katanya.
Terdahulu DAP mengumumkan menerima keputusan muktamar Pas yang meluluskan usul memutuskan hubungan dengan mereka, sekaligus membuatkan gabungan pembangkang tidak lagi wujud.
Mengulas lanjut, Khairil berkata tindakan DAP itu dilihat terlalu gopoh dan terburu-buru menyerang Pas di mana mereka sendiri memulakan permainan dan parti itu juga yang mematikan PR.
Katanya, walaupun DAP telah membuat keputusan muktamad untuk tidak lagi berjuang bersama Pas, namum bagi parti Islam itu mereka terus komited untuk terus bersama PR selagi ia tidak bertentangan dengan keputusan Majlis Syura.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
"31 DECEMBER 2012 Buku berkaitan penukaran akuan bersumpah Bala mula tersebar KUALA LUMPUR 31 Dis: Buku yang berkaitan dengan pe...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Wak hairan, kenape pemimpin2 Pakatan Rakyat tidak pernah menyedari mengape sebab2 nye parti itu tewas pade PRU13 yang lepas. Sebenar nye ...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jun 1, 2023 5:45 PM Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa bahawa golongan Melayu yang menyertai Pakatan Hara...
-
VIDEO HOT : "SAYA AKAN LUDAH MUKA ORANG ITU" - NIK AZIZ Posted by Empayar Pemuda at 11:59 PM ...
-
Lebih 700 orang telah mati akibat suhu terlampau panas selama tiga hari berturut-turut di selatan Pakistan, menurut kenyataan dari kerajaa...
-
bharian.com.my Oleh Nur Izzati Mohamad bhnews@bh.com.my - Mac 18, 2025 @ 7:08pm Anwar menandatangani plak simbolik perasmian pada Majlis Pe...
-
Umno diramal bakal menerima padah dalam pilihan raya umum akan datang susulan keputusan Majlis Tertinggi (MT) parti itu menggantung tugas ...
-
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), ...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.