Katanya, kenaikan ini akan menambahkan beban rakyat khususnya masyarakat Islam yang akan menyambut hari raya kira-kira 15 hari lagi.
"Kebiasaannya akan berlaku kenaikan beberapa jenis barang keperluan seperti ayam dan daging menjelang hari raya dan perkara ini sukar dikawal oleh kerajaan.
"Ini tidak termasuk kemungkinan kenaikan kadar tol pada bulan Ogos dan juga tarif elektrik pada awal tahun hadapan," katanya kepada Harakahdaily.
Tegasnya, tekanan kos sara hidup dan peningkatan inflasi ini dijangka akan terus berlarutan dan ia akan terus menekan golongan berpendapatan rendah (B40).
Nasruddin yang juga Ahli Parlimen Temerloh berkata, sepatutnya kerajaan harus mengambil pendekatan lebih bijak untuk mengurangkan beban rakyat setelah dampak pelaksanaan GST (6%) pada 1 April disusuli dengan kenaikan harga runcit petrol dan diesel pada 1 Jun yang lalu.
Bahkan katanya, kerajaan Malaysia juga dilihat cuba mengelirukan rakyat apabila mengambil sikap lepas tangan dengan tidak lagi memberikan notis awal kenaikan bahan api ini setiap hujung bulan.
"Ini sekali lagi membuktikan bahawa kerajaan tidak serius untuk membela nasib rakyat apatah lagi untuk mengambil langkah konstruktif mengurangkan beban rakyat," ujarnya.
Justeru, PAS mendesak supaya kerajaan membatalkan kenaikan ini serta merta kerana tidak terdapat justifikasi kukuh, tindakan menaikkannya adalah sangat tidak munasabah kerana berdasarkan Crude Oil Brent, harga pasaran dunia dalam relatif rendah. – HARAKAHDAILY
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.