Faiz Zainudin
Penjelasan Menteri Besar Selangor dalam sidang dewan lebih banyak menimbulkan persoalan dan kekeliruan dalam kalangan wakil rakyat kerajaan dan pembangkang.
SUBANG JAYA: Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan mengesa Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali memberi penjelasan kepada rakyat berhubung kontroversi penubuhan Darul Ehsan Investment Group (DEIG).
Katanya, jawapan yang diberi Azmin dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) lebih banyak menimbulkan tidak puas hati seluruh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan dan pembangkang di negeri itu.
“Penyelewengan DEIG memang belum lagi dibuktikan tetapi ramai mahukan penjelasan dan ia tidak perlu ditunggu sehingga persidangan DNS akan datang,” katanya kepada pemberita di Sunway Hotel pada Jumaat.
Ahli Parlimen Kota Belut itu turut menyelar sikap ‘double standard’ pemimpin tertinggi pembangkang kerana hanya berdiam diri terhadap kontroversi DEIG.
Katanya, jika isu tersebut melibatkan pentadbiran kerajaan BN, pembangkang terus menerus membuat kritikan.
“Mengapa kalau isu wang derma RM2.6 billion dalam akaum Perdana Menteri begitu cepat diserang pembangkang macam nak kiamat, tetapi isu DEIG yang melibatkan nilai RM30 bilion tidak pula begitu, ini adalah jumlah yang lebih besar,” katanya.
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam sidang DN membangkitkan isu penubuhan DEIG oleh kerajaan Selangor yang dianggapnya seperti 1MDB yang hanya berperanan sebagai orang tengah dan sarat hutang.
Bagaimanapun, Azmin menafikan kenyataan Khalid itu kerana DEIG belum beroperasi sepenuhnya dan syarikat itu dalam proses memperkemaskan undang-undang pentadbirannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Sebenar nye Wak tak layak terima BR1M ni, sebab jika kira pencen dan gaji isteri yang masih bekerja melebihi RM3000. Wak heran juga kenapa b...
-
utusantv.com Oleh Azrul Hakimie Anuer -June 2, 2023 Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan. GAMBAR : Abd Razak Aid RAMAI d...
-
agendaily.com 01/06/2023 Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man. Gelombang sokongan rakyat kepada Perikatan Nasional (PN) dijangka tida...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jun 1, 2023 5:45 PM Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa bahawa golongan Melayu yang menyertai Pakatan Hara...
-
Dulu Wak ada dengar sorang MB yang suka dengan penyapu. Akhir nya dia pun kena sapu juge. Hingga terjatuh di timpa tangga. Sekarang kita d...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jun 3, 2023 8:53 AM Anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi membalas teguran Setiausaha Agung...
-
satuberita.my By Admin -June 2, 2023 Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menganggap Datuk Seri Anwar...
-
satuberita.my By SatuBerita -May 29, 2023 WALAUPUN pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri dijangka sengit, namun silent protest (protes s...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.