KUALA LUMPUR, 29 Ogos:
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersedia dikenakan tindakan undang-undang, di atas kelantangannya mengkritik pemimpin negara.
Jelasnya, itu adalah risiko yang perlu ditanggungnya dan beliau hanya berserah, jika pihak berkuasa mengambil tindakan terhadapnya, termasuk dipenjarakan.
“Kalau nak buat sesuatu, kena ada risikonya. Kalau nak tangkap saya, tangkaplah.
“Kalau nak penjarakan saya, takkan saya nak melawan pula, tetapi saya minta satu sahaja, jika nak buat apa-apa pun, kenalah ikut undang-undang,” katanya pada sidang media, selepas berucap pada program ‘Bicara Negarawan: Malaysia Hari Ini Ke mana Kita’ di Pasir Gudang, Johor, pada Sabtu.
Tambahnya, dalam ada jua keadaan dan cara sekali pun, undang-undang dan perlembagaan perlu diguna pakai dan ditegakkan.
Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/08/29/tun-m-sedia-dikenakan-tindakan/#ixzz3kDdL8hja
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.