Showing posts with label Bicara Negarawan. Show all posts
Showing posts with label Bicara Negarawan. Show all posts

Sunday, August 30, 2015

Tun M sedia dikenakan tindakan

Dr Mahathir menegaskan, dalam ada jua keadaan dan cara sekali pun, undang-undang dan perlembagaan perlu diguna pakai dan ditegakkan. - Foto TRP/ Ben Tan

KUALA LUMPUR, 29 Ogos:

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersedia dikenakan tindakan undang-undang, di atas kelantangannya mengkritik pemimpin negara.

Jelasnya, itu adalah risiko yang perlu ditanggungnya dan beliau hanya berserah, jika pihak berkuasa mengambil tindakan terhadapnya, termasuk dipenjarakan.

“Kalau nak buat sesuatu, kena ada risikonya. Kalau nak tangkap saya, tangkaplah.

“Kalau nak penjarakan saya, takkan saya nak melawan pula, tetapi saya minta satu sahaja, jika nak buat apa-apa pun, kenalah ikut undang-undang,” katanya pada sidang media, selepas berucap pada program ‘Bicara Negarawan: Malaysia Hari Ini Ke mana Kita’ di Pasir Gudang, Johor, pada Sabtu.

Tambahnya, dalam ada jua keadaan dan cara sekali pun, undang-undang dan perlembagaan perlu diguna pakai dan ditegakkan.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/08/29/tun-m-sedia-dikenakan-tindakan/#ixzz3kDdL8hja

Saturday, August 29, 2015

Ribuan bantah penyingkiran Muhyiddin di Johor

TUN SERU RAKYAT TUNJUK KUASA TURUNKAN NAJIB

Sebahagian dari orang ramai yg hadir di Bicara Negarawan Tun Mahathir di Johor hari ini.

Ribuan rakyat Johor yang keluar menghadhiri BICARA NEGARAWAN oleh Tun Dr. Mahathir di Pasir Gudang Johor jam 2 petang ini,tidak sahaja untuk mendengar ucapan Mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir tetapi juga untuk menunjukan penghargaan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor yang mempertahankan mereka dari terus diperbodohkan dan juga untuk membantah ketidakadilan dan penginanyaan terhadap Tan Sri Muhyiddin.

Apapun anggapan terhadap Tan Sri Muhyiddin tetapi apabila dihina oleh seorang Ketua Bahagian UMNO Selangor sebagai penderhaka yang perlu disingkirkan maka ini telah menyentuh hati sebahagian besar orang Melayu Johor dan tidak hanya penyokong UMNO yang mengenali Muhyiddin sebagai pejuang sejati UMNO.

Sambutan hangat kepada perhimpunan petang ini adalah juga didorongkan oleh kabar-kabar angin yang mengatakan Tan Sri Muhyiddin akan disingkirkan dari jawatan Timbalan Presiden UMNO pada mesyauarat MKT 9 September ini. Usaha-usaha melobi untuk mempastikan sokongan kepada rancangan ini sedang dijalankan.

Tun Dr.Mahathir tentulah akan menyentuh semua pekara mengenai keadaan politik dan ekonomi negara sekarang ini khususnya krisis keyakinan diri dalam UMNO sendiri dan ketidakpercayaan kepada pimpinan Datuk Seri Najib di bawah tajuk MALAYSIA HARI INI KEMANA KITA? kerana UMNOlah yang akan menentukan nasib masa depan negara.

Seperti kata bekas Naib Ketua Pemuda Johor Datuk Khairul Anwar ucapan Mahathir di perhimpunan hari ini benar-benar akan mendedahkan segala-galanya kerana ia merupakan The Return of Nothing2Hide yang gagal dilaksanakan oleh beliau di PWTC tidak lama dahulu.

Katanya ,"Mahathir's appearance in Pasir Gudang this Saturday can be described as ‘The return of Nothing2Hide’.

"The warrior spirit and nobleness to face the public, proves that a leader does not run away from responsibility," he added in a statement today.

Dijangkakan majlis BICARWA NEGARAWAN Tun Mahathir itu tidak sahaja akan dihadiri oleh orang Johor tetapi juga ramai orang dari seulruh negara terutama dari Melaka yang akan menjadikan perhimpuan ini penuh bersejarah dalam menunjukan keperhatinan terhadap nasib UMNO yang dilahirkan di Istana Johor.

MAHATHIR SERU RAKYATG TIUNJUKAN KUASA
Dalam perhimpunan RETRUN OF NOTHING2HIDE yang dihadiri oleh ribuan rakyat termasuk ketua-ketua UMNO di Pasir Gudang petang ini, Bekas Perdana Menteri menyeru supaya rakyat tunjukan kuasa.


Beliau masih mempertimbangkan saamada akan menyertai himpunan Bersih yang puncaknya adalah esuk di Kuala Lumpur.Hari ini himpunan itu telah berjaya mengumpulkan lebih 30,000 yang berjalan secara aman. Mereka mahu tumbangkan kerajan rasuah yang dipimpin oleh Najib Tun Abdul Razak.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-