MUAR - Majlis Tertinggi (MT) Umno diminta supaya lebih rasional membuat keputusan untuk memecat Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam mesyuarat MT pada 9 September ini.
Timbalan Ketua Umno Bahagian Pagoh, Ismail Mohamed berkata, sebarang keputusan yang hendak dibuat perlu melihat serta mengutamakan kehendak dan suara akar umbi demi masa depan parti.
“Dalam keadaan politik negara yang tidak stabil ini, sekiranya tindakan tersebut dibuat (pecat Muhyiddin) dikhuatiri akan mencetuskan lagi kemarahan rakyat pada tahap yang luar biasa.
“Kita semua sedia maklum bahawa orang Johor telah terluka apabila Muhyiddin digugurkan daripada senarai kabinet baharu sebagai Timbalan Perdana Menteri dan bimbang perkara tidak diingini berlaku jika Ahli Parlimen Pagoh diturunkan (Timbalan Presiden Umno) khususnya dalam bahagian Pagoh itu sendiri,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, kemarahan rakyat masih lagi boleh bertahan apabila Muhyiddin disingkirkan sebagai pemimpin nombor dua negara kerana akur dengan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Bagaimanapun tidak boleh menafikan kuasa rakyat yang memilih Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden Umno atas faktor keyakinan mereka terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
“Saya risau jika suara rakyat diketepikan akan mendorong rakyat melakukan tindakan di luar kawalan yang akhirnya boleh menjejaskan parti dan negara. Dengan sebab itu, saya berharap MT lebih memikirkan suara rakyat berbanding kehendak tertentu,” katanya.
Katanya, jasa dan sumbangan besar Muhyiddin kepada Umno selama lebih 40 tahun perlu dikenang kerana beliau pernah bertanggungjawab menghidupkan semula Umno semasa diharamkan pada 1988.
Ismail berkata, Muhyiddin yang ketika itu Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Melayu Johor (PMJ) di Johor Bahru telah mencetuskan satu resolusi yang kemudian diperkenan Sultan Johor sebelum berjaya menghidupkan parti keramat tersebut.-SinarHarian
Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=323482:mt-perlu-rasional-sebelum-pecat-muhyiddin&Itemid=2#ixzz3kUHQ2SLp
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Sebenar nye Wak tak layak terima BR1M ni, sebab jika kira pencen dan gaji isteri yang masih bekerja melebihi RM3000. Wak heran juga kenapa b...
-
agendaily.com 01/06/2023 Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man. Gelombang sokongan rakyat kepada Perikatan Nasional (PN) dijangka tida...
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
utusantv.com Oleh Azrul Hakimie Anuer -June 2, 2023 Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan. GAMBAR : Abd Razak Aid RAMAI d...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jun 1, 2023 5:45 PM Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa bahawa golongan Melayu yang menyertai Pakatan Hara...
-
satuberita.my By Admin -June 2, 2023 Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menganggap Datuk Seri Anwar...
-
Dulu Wak ada dengar sorang MB yang suka dengan penyapu. Akhir nya dia pun kena sapu juge. Hingga terjatuh di timpa tangga. Sekarang kita d...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jun 3, 2023 8:53 AM Anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi membalas teguran Setiausaha Agung...
-
satuberita.my By SatuBerita -May 29, 2023 WALAUPUN pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri dijangka sengit, namun silent protest (protes s...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.