Showing posts with label Timbalan Presiden UMNO. Show all posts
Showing posts with label Timbalan Presiden UMNO. Show all posts

Tuesday, March 1, 2016

'Saya masih ahli Umno, tunggu pengumuman Khamis ini'

MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
1 MAC 2016
Muhyiddin (tengah) tiba di KLIA dan disambut dengan laungan "Hidup Tan Sri' sebentar tadi. - Foto Sinar Online

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin ‎Yassin berkata, beliau masih ahli Umno meskipun jawatan beliau sebagai Timbalan Presiden Umno telah digantung pada Jumaat lalu.

Bercakap kepada media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas tiba penerbangan dari Vietnam hari ini.

Muhyiddin menambah, segala perihal yang melanda beliau kini akan dijelaskan pada Khamis ini.

"Saya akan adakan sidang media dua hari lagi (Khamis) di mana saya akan jelaskan semua perkara yang berkaitan dengan penggantungan saya, kedudukan saya di dalam Umno dan hal-hal yang lain yang perlu saya jelaskan.

‎"Sementara itu saya masih berada di dalam umno," katanya.

Terdahulu Majlis Tertinggi (MT) Umno pada Jumaat lalu sebulat suara membuat keputusan menggantung jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden parti berkuat kuasa serta merta.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Naib Presiden Unmo Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan menjalankan tugas-tugas timbalan presiden itu.

Dalam pada itu, Muhyiddin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyokong beliau kerana hadir menyambut beliau di KLIA pada hari ini.

"Saya ucap terima kasih, kepada sahabat yang datang memberi sokongan kepada saya hari ini," katanya.

Persepsi buruk menanti Muhyiddin kalau keluar Umno

WARTAWAN SINAR HARIAN
1 MAC 2016
Umno
SHAH ALAM - Meskipun di ketepikan dalam parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan sesekali mengundur diri dari Umno dan menyertai parti lain, itu jangkaan penganalisis politik, Dr Shamsinoor Abdul Azzis.

Ini kerana Timbalan Presiden Umno itu mempunyai semangat dan kesetiaan yang tinggi kepada parti keramat itu.

“Secara peribadi, saya tidak rasa yang Muhyiddin akan melangkah keluar parti. Itu akan mengundang persepsi tidak baik kepada beliau. Kalau beliau undur (daripada Umno) mungkin rakyat dan penyokong akan melihat beliau sebagai pemimpin yang lemah.

“Bagaimanapun jika beliau disingkir (daripada Umno), ia akan mengundang simpati daripada ramai pihak, sekaligus menguatkan sokongan terhadapnya,” katanya.

Pensyarah Kanan Universiti Selangor (Unisel) itu juga turut berpendapat Muhyiddin bakal mengalami kesukaran dalam menentang Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak memandangkan pemimpin itu ada penyokong setia kepada pemimpin itu.

Jika sebelum ini Kedah, kini rakyat Johor pulak nyatakan "TOLAK BN"

Satu-satunya pemimpin UMNO yang ternampak masih rasional dan berani mengakui wujudnya cabaran besar berikutan penggantungan jawatan Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin ialah Menteri Besar Johor, Khaled Nordin.

Saya akui keputusan itu menjadi cabaran besar bagi kami di Johor dan saya percaya UMNO perlu bekerja lebih keras, katanya lagi.

Sementara yang lain masih khayal dengan kenyataan-kenyataan ampu, bodek dan puji yang menggambarkan sudah "kenyang termakan dedak" atau dengan harapan diberikan lebih banyak lagi "tambahan dedak" berbanding mahu melihat realiti yang sebenar di depan mata.



Hanya beberapa hari setelah penggantungan Muhyiddin, tanda-tanda cabaran besar yang dibimbangi Khaled itu sudah muncul di Johor dan dipercayai akan terus membesar dari semasa ke semasa.

Jika sebelum ini pengguguran Mukhriz Mahathir menyebabkan banyak lambang BN diterbalikkan di Kedah sebagai tanda protes, sekarang ini perkara yang sama sudah berlaku juga di Johor.
Sama seperti Kedah, perubahan mungkin semakin sukar dielakkan di Johor. Dengan pembangkang sudah mempunyai 18 daripada 56 kerusi DUN, segala-galanya tidak mustahil berubah dalam pilihanraya akan datang ekoran ketidakadilan yang dimangsakan terhadap Muhyiddin.

Sunday, February 21, 2016

Muhyiddin beri amaran kepada Ku Nan

Khairil Ashraf | February 20, 2016

Jangan sesekali berani mengambil tindakan terhadapnya jika tidak mempunyai bukti kukuh beliau telah melanggar peraturan parti.
PORT DICKSON : Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dan Majlis Tertinggi (MT) agar jangan sesekali berani mengambil tindakan terhadapnya jika tidak mempunyai bukti.

Katanya, beliau tidak takut dikenakan tindakan tindakan kerana menyuarakan kebenaran tetapi mestilah dibuktikan beliau telah melakukan kesalahan dan melanggar Perlembagaan parti.

“Saya nak cakap terus terang dia (Setiausaha Agung ) dah ugut saya macam-macam dengan bukti-bukti mahu singkirkan saya, untuk buang saya. Saya tak takut.

“Saya nak ingatkan Setiausaha Agung dan semua yang berada di atas, jangan berani-berani mahu ambil tindakan ke atas saya melainkan cukup bukti menyatakan apa saja yang saya lakukan salah dari segi pandangan dan Perlembagaan,” kata Timbalan Presiden UMNO itu.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Kepada Pelajar-Pelajar Cemerlang PT3 Tahun 2015 Yang Mengikuti Tuisyen Percuma di Balai Raya Taman Duyong Intan di sini hari ini.

Bekas Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau dan Presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM), Kamarulazman Habibur Rahman bersuara kerana ingin mencari kebenaran.

“Saya bersetuju dengan Kamarulazman yang mana kita perlu mencari kebenaran dan kita tidak takut berdepan dengan apa saja ancaman baik kedudukan dan jawatan.

“Kita nak cari kebenaran dan dari kebenaran itu rakyat akan kembali yakin dan percaya kepada kita serta parti kita akan mendapat manfaatnya untuk terus bertahan dalam pilihan raya akan datang.

“Tetapi jika keadaannya terus begini, (sokongan terhadap UMNO) merosot dan terus merosot untuk tempoh yang akan datang apa lagi harapan untuk kita?,” soalnya.

Friday, January 1, 2016

Rakyat diminta berjimat, kerajaan pula membazir - Muhyiddin

Khairil Ashraf | January 1, 2016

Kerajaan perlu pastikan setiap sen wang dikutip daripada rakyat dibelanjakan untuk manfaat rakyat teramai
PETALING JAYA : Pemimpin kerajaan bertanggungjawab untuk mencegah ketirisan, pembaziran dan pemborosan dalam perbelanjaan ketika rakyat diminta supaya berjimat cermat dan bekerja lebih masa untuk menambah pendapatan.

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, amat malang jika rakyat menanggung beban kerana kenaikan kos sara hidup tetapi kerajaan membiarkan ketirisan yang hanya memberi keuntungan kepada golongan kecil tertentu sahaja.

“Malang sekali sekiranya dalam keadaan rakyat sedang menanggung beban kos sara hidup yang kian meningkat, peruntukan kewangan kepada kementerian-kementerian dikurangkan dan sebahagian subsidi kerajaan dihapuskan untuk mengurangkan tanggungan kewangan kerajaan, masih berlaku ketirisan, pembaziran dan pemborosan dalam pengagihan kontrak dan konsesi kerajaan yang hanya menguntungkan sekalangan kecil individu,” katanya dalam perutusan Tahun Baru 2016.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata, kerajaan perlu memastikan setiap sen yang dikutip daripada cukai dibelanjakan untuk manfaat rakyat.

“Setiap sen cukai yang dikutip daripada rakyat mesti dikembalikan semula kepada rakyat melalui peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan awam, kemudahan awam, pendidikan, pengangkutan, kesihatan dan program-program kebajikan yang benar-benar memanfaatkan golongan sasar,” katanya.

Timbalan Presiden UMNO itu berkata, 2015 merupakan tahun yang malap bagi Malaysia dari segi integriti dan ketelusan tadbir urus negara.

“Skandal 1MDB, misteri derma politik RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri, pemecatan Peguam Negara, pelantikan beberapa ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang sedang mendengar kes 1MDB sebagai anggota pentadbiran, pertukaran serta merta beberapa pegawai kanan SPRM yang terlibat dalam siasatan skandal 1MDB dan keengganan Peguam Negara mendakwa pihak-pihak tertentu berdasarkan hasil siasatan Bank Negara mengenai dakwaan salah laku urusniaga 1MDB menimbulkan banyak persoalan dan keraguan mengenai ketelusan dan integriti dalam tadbir urus negara.

“Sehingga kini penjelasan kerajaan mengenai skandal 1MDB masih gagal meyakinkan rakyat. Mereka ingin melihat pihak yang bertanggungjawab menyebabkan kehilangan wang dan harta negara dalam nilai yang besar dibawa ke muka pengadilan. Nampaknya, tirai 2015 dilabuh dengan krisis kepercayaan rakyat terhadap kerajaan masih belum pulih,” katanya.

Muhyiddin juga berharap perpaduan dan keharmonian rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama diperkukuhkan demi kesejahteraan bersama.

“Jangan kita biarkan pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja mengapi-apikan sentimen kaum dan agama semata-mata untuk mengalih perhatian rakyat daripada isu tadbir urus negara yg semakin meruncing. Ingatlah, mengekalkan perpaduan kaum, mewujudkan keharmonian agama dan memelihara keamanan negara adalah tanggungjawab kita bersama,” katanya.

Tuesday, December 8, 2015

Alkisah Muhyiddin Mahu Cabar Najib Jadi Presiden UMNO?

MUNGKIN tidak belajar daripada sejarah atau buat-buat lupa sejarah, pengumuman konon bersejarah oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk bertanding merebut jawatan presiden UMNO bukanlah sesuatu pelik sebenarnya.

Cuma ia jadi pelik kerana Timbalan Presiden UMNO itu terlupa, sejarah parti keramat umat Melayu Islam terbesar di dunia tersebut membuktikan belum pernah pencabar boleh menang malah kesemuanya teruk jatuh tersungkur!

Tidak perlu pergi jauh, lihat sahaja bagaimana nasib calon terbabit semasa era 22 tahun rejim Tun Dr. Mahathir Mohamad, negarawan hebat yang kini ibarat idola ahli Parlimen Pagoh dan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Bayangkanlah pemimpin gah seperti Tun Musa Hitam, Tun Abdul Ghafar Baba waima Anwar Ibrahim pun ‘kantoi’ tengah jalan untuk jejak kaki ke jawatan panas parti itu, sekali gus dilantik sebagai perdana menteri yang baharu.

Inikan pula Muhyiddin yang usianya lebih tua enam tahun daripada Najib dan pernah mencetuskan kontroversi sewaktu jadi Menteri Besar (MB) Johor hampir sedekad sebelum tiba-tiba kena ‘hijrah’ ke Pusat pada 1995 lalu.

Tidak payah ungkit kisah lama yang menyaksikan Mahathir ‘pening kepala’ masa itu dengan almarhum Sultan Johor, hingga UMNO negeri pun habis berantakan mahu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein jadi MB baharu.

Mujur faktor umur muda ahli Parlimen Sembrong itu menyebabkan Datuk Abdul Ghani Othman jadi ‘bidan terjun’, tetapi kisah lama tersebut diimbau Hishammuddin dalam bentuk kiasan sindiran kepada Muhyiddin baru-baru ini.

Hakikatnya, cerita pengguguran daripada Kabinet konon berjuang atas nama rakyat dalam isu 1MDB, bukanlah alasan terbaik Muhyiddin tawarkan diri sebagai calon Presiden UMNO untuk pemilihan jawatan parti pada 2018.
Jika dilihat cara Hishammuddin berani menegur sinis Muhyiddin secara berlapik jelas mengggambarkan sokongan UMNO Johor ke atas parti itu bukanlah atas faktor tebal kenegerian bangsa Johor, namun lebih dalam ertinya lagi.

UMNO Johor di bawah Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebetulnya jauh lebih baik berbanding era Muhyiddin sendiri, bahkan pengaruh pembangkang ketika pilihan raya umum 2013 lalu akibat faktor luaran, bukan domestik.

Tidak hairanlah apabila macai-macai Muhyiddin seronok ‘jaja’ nama Mohamed Khaled konon antara 5M dalam kem Muhyiddin untuk pemilihan UMNO 2018, tanpa dijangka Mohamed Khaled bangkit menafikan spekulasi itu.

Lucunya, macam mana boleh ada terselit nama Mohamed Khaled dalam senarai ‘bocor’ itu, walhal satu dunia tahu hubungan antara beliau dengan Muhyiddin bukanlah seindah diuar-uarkan portal propembangkang selama ini.

Justeru penafian Mohamed Khaled konon kem 5M disertai MB Kedah, Mukhriz Mahathir sebagai calon timbalan presiden selain bekas MB Terengganu, Ahmad Said dan Mohd. Shafie Apdal bagi naib presiden kini jadi jenaka.

Adakah ini ‘gempak’ bodoh Muhyiddin menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2015 sebagai mana acah pembangkang dengan usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri yang banyak ilusi fantasi daripada realiti?

Tidak keterlaluan dikatakan inilah perang saraf Muhyiddin ‘paling kelakar’ ketika semua blogger politik tanah air seronok heboh nama kem 5M, Mohamed Khaled pula mudah sahaja memalukan Muhyiddin yang tengah klimaks.

Kecualilah Muhyiddin jenis tidak kisah, muka tembok atau badut komedi satira, pengumuman mahu cabar Najib bukan sahaja mewarnai UMNO, malah memudahkan kerja Najib sendiri sebenarnya ‘membersihkan’ parti itu.

– Mynewshub.cc

Wednesday, December 2, 2015

Kalau Muhyiddin dapat rasa akan dipecat, mungkin benar akan berlaku - Ku Li

Faiz Zainudin
 December 2, 2015

KU Li dan Ku Nan mengulas kenyataan Muhyiddin Yassin yang beliau sudah bersedia dipecat oleh UMNO.
KUALA LUMPUR: Sekiranya Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat merasakan yang beliau akan dipecat sebagai ahli UMNO, perkara itu mungkin akan menjadi kenyataan.

Pandangan itu diberikan veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah dengan merujuk kepada kenyataan Muhyiddin bahawa beliau akur sekiranya dipecat.

“Saya pun tidak boleh nak baca sikap dia (Muhyiddin), kalau itu perasaanya (apa yang dia rasa) mungkin itulah barangkali akan berlaku, ” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen pada Rabu.

Sementara itu, nada berbeza diberikan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor apabila hanya mampu mengeluh setelah ditanya kenyataan Muhyidin hari ini yang menyifatkan dirinya akan dilayan seperti tunggul oleh Ahli Majlis Tertinggi (MT) semasa Perhimpunan Agung UMNO ( PAU) nanti.

Katanya, beliau tidak faham apa maksud sebenar bekas Timbalan Perdana Menteri itu, malah mengakui pening kepala untuk melayan karenah Muhyiddin.

“Pasal apa dia (Muhyiddin) nak rasa macam tunggul. Saya pun tak tau macam mana nak komen lah. Saya pun tak reti lah.

“(Muhyiddin tidak takut dipecat) dia boleh cakaplah apa dia nak cakap. Saya tak nak komen, pening kepala,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin Yassin mengesahkan bahawa beliau akan hadir pada Perhimpunan Agung UMNO ( PAU) dalam masa yang sama menzahirkan rasa sedihnya apabila MT UMNO melayannya seperti tunggul.

Malah beliau akur dengan keputusan parti sekiranya dipecat dari UMNO.

- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/12/02/kalau-muhyiddin-dapat-rasa-akan-dipecat-mungkin-benar-akan-berlaku-ku-li/#sthash.BeyyrcdW.dpuf

Monday, November 30, 2015

Siapa jadi pemimpin perlu diberi sokongan penuh, kata Zahid

Hari ini, 7:42 malam Hari ini, 7:47 malam

Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata prinsipnya adalah menyokong sesiapa sahaja yang memimpin parti itu dan menghormati setiap keputusan yang dibuat kepimpinan parti, khususnya Majlis Tertinggi (MT).
Tanpa menyebut sebarang nama tetapi dipercayai merujuk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, katanya, Umno sentiasa mengamalkan pendekatan untuk menerima pandangan yang berbeza daripada bekas tokoh parti itu, namun pandangan mereka janganlah untuk merosakkan parti.

"Kita amat meraihkan pandangan yang berbeza daripada tokoh atau bekas tokoh. Inilah keunikan Umno tetapi tidak adil apabila parti membuat sesuatu keputusan terhadap seseorang, ia dianggap penekanan.

"Mereka harus tanya diri sendiri apakah kita telah lakukan yang terbaik untuk parti atau kita rasakan bahawa diri kita yang terbaik untuk memberi pandangan," katanya yang dipetik portal Berita Harian Online di Valletta, Malta, hari ini.
Sejak MT Umno pada Selasa lalu memecat Ketua Wanita bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman, selain memutuskan perasmian persidangan ketiga-tiga sayapnya, iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri, minggu depan, tidak dibuat serentak serta tidak akan dirasmikan oleh timbalan presiden, seperti lazimnya, Umno menerima pelbagai bidasan.

Mengambil contoh ketika krisis Umno pada tahun 1998 dan apabila parti itu diharamkan, katanya, semua pemimpin dan ahli tetap bersama kepimpinan ketika itu.

"Walaupun ada perbezaan pendapat ketika itu, namun akhirnya Umno diperkukuhkan. Pendekatannya ialah siapa yang jadi pemimpin, pemimpin itu perlu diberi sokongan penuh.
"Jadi, apabila sesuatu keputusan dibuat, semua perlu menghormatinya. Semangat ini yang harus ada pada bahagian, negeri, nasional dan akar umbi.

"Jangan ada agenda peribadi atau hasrat untuk merosakkan parti. Umno lebih penting daripada agenda peribadi atau perbezaan pendapat," katanya yang dipetik portal itu.

Menurut Zahid, Umno mampu terus mantap dan utuh, kecuali jika ada yang mempunyai hasrat untuk merungkaikan perpaduan atau merosakkan parti.

Sunday, November 29, 2015

'Saya tak boleh tanggung dosa jika terus berdiam'

Hafiz Yatim Hari ini, 6:40 petang Hari ini, 6:44 petang

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau menyuarakan kebimbangannya mengenai isu 1MDB dan RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak kerana ia juga merupakan kerisauan rakyat dan bahagian Pagoh.

Untuk itu, beliau dipecat sebagai timbalan perdana menteri, katanya dalam perhimpunan solidariti terhadapnya di Pagoh hari ini.

Menurutnya lagi, beliau kini bersedia berdepan untuk dipecat oleh timbalan presiden Umno.

Bagaimanapun, Muhyiddin mempersoalkan jika tindakan beliau itu bertentangan dengan perlembagaan parti atau apa yang dilakukannya adalah jenayah.

"Sekarang mereka melebarkan tindakan terhadap saya dengan tidak membenarkan saya bercakap di Perhimpunan Agung Umno.

"Adakah Najib takut kepada seorang lelaki bahawa beliau telah melanggar tradisi parti dengan tidak membenarkan timbalannya untuk bercakap?

"Beliau kata beliau dapat sokongan tiga juta ahli Umno tapi adakah rakyat Pagoh menyokong beliau?" soal Muhyiddin.

"Saya sedar tindakan dan ucapan saya boleh menyebabkan orangm marah tapi saya akan terus bercakap demi rakyat dan kepentingan negara.

"Tak apalah jika rakyat di Putrajaya mungkin tidak mendengar apa yang saya kata, tapi saya gembira orang di Pagoh bersama saya. Tiada siapa hidup selama-lamanya dan saya tidak boleh tanggung dosa jika saya terus berdiam.

"Jika mereka mahu buang saya, maka buatlah tetapi jangan abaikan sumbangan saya selama 36 tahun, "katanya lagi.

Muhyidin kemudiannya bertanya sama ada penduduk di Pagoh bersedia diwakili oleh wakil rakyat bebas yang mana kemudiannya 1,000 hadirin berkata mereka bersedia untuk tetap susah dan senang dengan beliau.

Beliau berkata tiada siapa yang hidup selama-lamanya dan tindakannya mengkritik 1MDB kerana beliau sayang kepada rakyat dan negara malah rakyat malu kerana skandal 1MDB itu.

[Baca berita asal]

BN Pagoh berhimpun sokong Muhyiddin

Ketua Umno cawangan Pagoh Samad Ariffin mempertikaikan keputusan Majlis Tertinggi (MT) parti itu yang tidak membenarkan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin merasmikan mesyuarat agung tahunan sayap Pemuda, Wanita dan Puteri tahun ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 November, 2015.

Ketua Umno cawangan Pagoh Samad Ariffin hari ini mempersoalkan apakah dosa yang dilakukan Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga tidak dibenarkan merasmikan mesyuarat agung tahunan sayap Pemuda, Wanita dan Puteri tahun ini.

Malaysiakini melaporkan, Samad mempertikaikan perkara itu di hadapan ribuan hadirin yang hadir dalam satu perhimpunan di Pagoh hari ini.

"Kita berkumpul di sini dan tidak dibayar untuk menyuarakan sokongan kepada Muhyiddin.

"Kita tahu risiko yang kita hadapi, di mana ibu pejabat parti akan merekodkan nama-nama kami untuk dilaporkan kepada kepimpinan parti.

"Tetapi kita bersatu bersama Muhyiddin kerana kita tahu beliau berada di jalan yang betul," kata Samad yang mewakili 106 Umno cawangan dalam Bahagian Pagoh seperti dilaporkan Malaysiakini.

Perhimpunan hari ini menyaksikan pemimpin MCA, MIC dan Gerakan dari Pagoh menyertai rakan-rakan Umno mereka.

Kira-kira 1,000 ahli Barisan Nasional (BN) berkumpul di dewan di Pagoh untuk menyuarakan sokongan mereka.

Semasa perhimpunan itu, Muhyiddin menerima memorandum sokongan daripada 106 cawangan dari bahagian dan juga dari veteran Umno dan tentera dari bahagian Pagoh.

Sebelum ini Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Muhyiddin tidak dibenarkan merasmikan mesyuarat sayap Pemuda, Wanita dan Puteri atas permintaan sayap masing-masing.

Zahid berkata, keputusan itu dibuat ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno demi menghormati permintaan sayap parti Melayu itu.

Monday, October 12, 2015

Muhyiddin gesa ahli Umno jangan takut, suarakan kebimbangan

OLEH MOHD FARHAN DARWIS
Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media di Putrajaya hari ini bersama bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal, Ahli Parlimen Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, bekas menteri besar Kedah Tan Sri Sanusi Junid dan bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 12 Oktober, 2015.

Ahli Umno di peringkat akar umbi harus lebih berani menyuarakan kebimbangan mereka dalam menyatakan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan dan pentadbiran kepimpinan atasan, kata Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau bagaimanapun mengakui budaya parti Melayu itu lebih cenderung untuk memendam perasaan mereka, malah ada ahli Umno yang khuatir akan dikenakan tindakan sekiranya bersuara.

"Saya minta mereka lebih terbuka suarakannya. Dalam mesyuarat, suarakan. Dan jangan takut dengan kesannya, jika mereka lakukan perkara yang betul.

"Ramai yang tidak bersedia bersemuka, takut dengan tindakan, takut digugurkan atau dipecat. Bagi saya itu tidak patut berlaku.

"Ahli Umno perlu tampil ke depan, bukan menentang, tapi menyuarakan isu pokok," katanya pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, hari ini.

Sidang media itu turut dihadiri bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal, Ahli Parlimen Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, bekas menteri besar Kedah Tan Sri Sanusi Junid dan bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat.

Muhyiddin berkata, ahli Umno juga perlu berperanan membawa suara mereka untuk didengar kerana mereka merupakan sebahagian daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Peranan Umno, mesti ada suara yang melihat ini sebagai isu penting kerana kita sebahagian daripada kerajaan.

"Saya tidak fikir ahli parti harus takut atau bimbang," kata ahli Parlimen Pagoh yang disingkirkan daripada Kabinet bersama Shafie pada 28 Julai lalu.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/muhyiddin-gesa-ahli-umno-jangan-takut-suarakan-kebimbangan#sthash.KseYkZNq.dpuf

Thursday, September 10, 2015

Najib MENGALAH dengan akar umbi, tapi adakah Muhyiddin jadi "BISU' selepas ini

Mesyuarat MT UMNO yang ditunggu-tunggu sejak sekian lama akhirnya memutuskan tiada mana-mana pemimpin dipecat atau digantung jawatannya sebagaimana spekulasi awal yang tersebar luas sejak beberapa hari lalu.

Ini bermakna Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal, Mukhriz Mahathir dan beberapa yang lain yang dihebohkan akan menerima hukuman akibat kelantangan dan sikap kritikal terhadap Perdana Menteri, Najib Razak berkaitan isu 1MDB dan derma RM2,600 juta, tidak menjadi kenyataan.

Ia juga bermakna Muhyiddin akan terus kekal sebagai Timbalan Presiden UMNO tanpa jawatan Timbalan Perdana Menteri, begitu juga dengan Shafie kekal sebagai Naib Presiden UMNO yang mendapat undi kedua tertunggi, tetapi tidak memegang sebarang jawatan dalam kabinet.

Sekiranya tidak melakukan sesuatu yang memungkinkan diambil apa-apa tindakan selepas ini, kedua-dua mereka akan terus duduk dalam barisan kepimpinan tertinggi UMNO sehinggalah PRU 14 dan pemilihan parti yang sudah dianjakkan tempohnya sehingga tahun 2018.

Secara umumnya, ketidakberanian Najib Razak mengambil apa-apa tindakan terhadap Muhyiddin dan Shafie adalah kerana bimbangkan kesan lebih buruk kepada masa depan UMNO dan juga kedudukannya sebagai Perdana Menteri yang mungkin di luar jangkaannya jika tindakan itu diambil.

Sebaik tersebar spekulasi kedua-dua pemimpin itu akan dipecat, pelbagai peringkat dalam UMNO menyatakan rasa bimbangnya jika tindakan itu benar-benar diambil kerana ia akan memberi kesan yang serius kepada perpecahan di peringkat akar umbi.

Dengan perpecahan yang bakal berlaku itu, bukan saja harapan mengekalkan kuasa UMNO dan BN di peringkat pusat dilihat akan bertambah sukar, malah ramai yang mengatakan beberapa negeri akan lebih mudah dimenangi pembangkang berikutan majoriti kemenangan tipis saja dicapai BN dalam pilihanraya lalu.

Reaksi menolak pemecatan Muhyiddin dan Shafie, selain dapat difahami melalui luahan beberapa pemimpinnya yang masih rasional, ia juga ditunjukkan di bangunan UMNO sebelum bersidangnya mesyuarat MT hari ini.

Walaupun kehadirannya tidaklah seramai ketika memberikan sokongan terhadap Anwar Ibrahim pada 1998 dahulu, tetapi kesediaan mereka membawa poster, memakai baju T khas untuk menzahirkan sokongan kepada Muhyiddin dan datang pula dari pelbagai pelusuk negeri, sudah cukup memberi mesej bahawa UMNO akan terus bergolak sekiranya berlaku sebarang pemecatan atau penggantungan.
Kehadiran ramai penyokong Muhyiddin dan Shafie di luar Bangunan UMNO juga berjaya "menggerunkan" Najib sehingga beliau dilaporkan terpaksa naik ke tingkat 39 untuk mempengerusikan mesyuarat ini dengan menggunakan lif khas melalui pintu belakang.

Akhirnya suara akar umbilah yang telah menyelamatkan kedudukan Muhyiddin dan Shafie ini lantaran kedua-duanya dilihat tidak melakukan sebarang kesalahan yang melanggar disiplin parti melalui teguran terhadap Presiden berkaitan 1MDB dan wang RM2,600 juta yang diterimanya itu.

Menyingkirkan daripada kabinet memang kuasa Najib selaku Perdana Menteri, tetapi memecat atau menggantung jawatan mereka yang menang dalam UMNO melalui undi perwakilan tidak seharusnya meremehkan suara akar umbi itu sendiri.

Dan cuba bayangkan apa keputusan MT hari ini jika tiada sebarang reaksi bantahan daripada akar umbi UMNO?

Bagaimanapun, beberapa persoalan tetap timbul melalui keputusan mesyuarat MT UMNO hari ini. Antaranya:-

- Apakah Najib lebih disokong dalam UMNO dan suara mendesaknya berundur akan berkurangan dengan keputusan ini?

- Bagaimanakah pula pendirian politik Muhyiddin dan Shafie selepas ini? Setelah dinyatakan kedua-duanya terus setia kepada parti dan akan bekerja keras untuk kemenangan UMNO dalam PRU 14 akan datang, adakah mereka juga akan taat setia kepada Najib?

- Adakah selepas ini Muhyiddin dan Shafie akan jadi "bisu" atau berhenti bercakap mengenai 1MDB dan wang RM2,600 demi menyelamatkan jawatan mereka dalam UMNO berikutan Najib turut menyatakan kedua-dua pemimpin masih perlu membuktikan kesetiaan mereka?

- Apakah Tun Mahathir Mohamad akhirnya akan jadi keseorangan dalam menegur dan mengasak pengunduran Najib daripada jawatannya?

- Mampukah Najib bertahan memimpin kerajaan sehingga PRU 14 dan apakah Muhyiddin dan Shafie akan turut mempertahankan kuasa Perdana Menteri sehingga tempoh itu?

Walaupun nampaknya Najib dapat meredakan keadaan buat sementara melalui keputusan MT hari ini, persoalan-persoalan baru tetap timbul sehinggalah pilihanraya umum dan pemilihan UMNO akan datang.-BlogSpot

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=328652:najib-mengalah-dengan-akar-umbi-tapi-adakah-muhyiddin-jadi-bisu-selepas-ini&Itemid=2#ixzz3lIErnjq7
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

Tuesday, September 1, 2015

MT perlu rasional sebelum pecat Muhyiddin

MUAR - Majlis Tertinggi (MT) Umno diminta supaya lebih rasional membuat keputusan untuk memecat Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam mesyuarat MT pada 9 September ini.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Pagoh, Ismail Mohamed berkata, sebarang keputusan yang hendak dibuat perlu melihat serta mengutamakan kehendak dan suara akar umbi demi masa depan parti.

“Dalam keadaan politik negara yang tidak stabil ini, sekiranya tindakan tersebut dibuat (pecat Muhyiddin) dikhuatiri akan mencetuskan lagi kemarahan rakyat pada tahap yang luar biasa.

“Kita semua sedia maklum bahawa orang Johor telah terluka apabila Muhyiddin digugurkan daripada senarai kabinet baharu sebagai Timbalan Perdana Menteri dan bimbang perkara tidak diingini berlaku jika Ahli Parlimen Pagoh diturunkan (Timbalan Presiden Umno) khususnya dalam bahagian Pagoh itu sendiri,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, kemarahan rakyat masih lagi boleh bertahan apabila Muhyiddin disingkirkan sebagai pemimpin nombor dua negara kerana akur dengan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Bagaimanapun tidak boleh menafikan kuasa rakyat yang memilih Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden Umno atas faktor keyakinan mereka terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

“Saya risau jika suara rakyat diketepikan akan mendorong rakyat melakukan tindakan di luar kawalan yang akhirnya boleh menjejaskan parti dan negara. Dengan sebab itu, saya berharap MT lebih memikirkan suara rakyat berbanding kehendak tertentu,” katanya.

Katanya, jasa dan sumbangan besar Muhyiddin kepada Umno selama lebih 40 tahun perlu dikenang kerana beliau pernah bertanggungjawab menghidupkan semula Umno semasa diharamkan pada 1988.

Ismail berkata, Muhyiddin yang ketika itu Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Melayu Johor (PMJ) di Johor Bahru telah mencetuskan satu resolusi yang kemudian diperkenan Sultan Johor sebelum berjaya menghidupkan parti keramat tersebut.-SinarHarian

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=323482:mt-perlu-rasional-sebelum-pecat-muhyiddin&Itemid=2#ixzz3kUHQ2SLp
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

Sunday, August 16, 2015

Muhyiddin: Kalau dapat seorang sokong BN dari 10 orang anda tanya di jalanan, anda sudah beruntung

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu ahli akar umbi Datuk Seri Najib Razak perlu disingkirkan sekiranya melakukan sebarang kesalahan dalam skandal syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – Foto FMT
Bekas timbalan perdana menteri yang digugurkan dalam rombakan Kabinet baru-baru ini kerana mengkritik 1MDB secara terbuka berkata, ahli Umno umpama pemegang saham dalam syarikat.

Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang bercakap tentang 1Malaysia Development Bhd, hari ini berkata beliau pula yang dipecat walhal yang menimbunkan hutan orang lain.

“Jika anda bangun pagi dan mendapati CEO (ketua pegawai eksekutif) menyebabkan hutang berbilion ringgit, apa anda buat?” soalnya kepada perwakilan di mesyuarat Umno Bahagian Semporna, Sabah hari ini.

“Anda pecat dia! Mengapa? Sebab hutang besar akan membebankan anda,” katanya.

Umno Bahagian Semporna dipimpin Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang turut digugurkan dalam rombakan Kabinet baru-baru ini.

“Jika saya mempunyai CEO yang menyebabkan kerugian berbilion ringgit, saya akan pecat dia,” kata Muhyiddin yang terus bersuara mempersoalkan kerugian disebabkan 1MDB dalam jangka masa tidak begitu lama.

“Kita tidak boleh berdiam diri kerana ia akan membebankan kita,” katanya.

Muhyiddin berkata, 1MDB sudah membebankan mereka dan hilang keyakinan dalam Barisan Nasional (BN) sudah mula terasa dalam Umno.

“Pergilah ke jalanan dan tanya 10 orang yang anda jumpa.

“Kalau anda dapat seorang yang sokong BN, anda sudah beruntung,” katanya.

Muhyiddin berkata, beliau kekal dengan pendirian BN akan kalah jika pilihan raya diadakan esok.

Katanya, jika BN tidak mahu kalah, penyokongnya perlu melakukan sesuatu untuk menyelamatkan keadaan. – TMI

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-