Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang kini merupakan salah satu pengkritik tegar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, berkata ini adalah antara sebab mengapa majoriti rakyat Malaysia menolak beliau sebagai perdana menteri dan ‘benci’ kepadanya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 September, 2015.
Tindakan Datuk Seri Najib Razak dalam mengganggu siasatan berhubung sumbangan RM2.6 bilion yang beliau terima menunjukkan wang itu diperolehi secara haram, kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.
Bekas perdana menteri itu, yang kini merupakan salah satu pengkritik tegar Najib, berkata ini adalah antara sebab mengapa majoriti rakyat Malaysia menolak beliau sebagai perdana menteri dan "benci" kepadanya.
"Tindakan Najib menghalang siasatan ke atas wang RM2.6 bilion yang ada dalam akaun peribadinya, membuktikan wang ini didapati secara haram.
"Jika didapati secara halal, Najib tidak perlu takut siasatan diteruskan," tulis beliau di dalam blognya hari ini di bawah tajuk "Wahai Ahli Umno".
"Sesungguhnya majoriti rakyat menolak dan benci Najib sebagai perdana menteri. Mereka tidak dapat terima dakwaan Najib yang RM2.6 bilion yang ada dalam akaunnya adalah derma orang Arab." – 10 September, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-ganggu-siasatan-1mdb-bukti-rm2.6-bilion-haram-kata-dr-mahathir#sthash.rq4z0213.dpuf

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.