Saturday, September 12, 2015

Pas atau Umno perlu ada dalam kerajaan

Abdul Kadir berkata mana-mana parti yang berhasrat menjadi kerajaan, mesti mempunyai salah satu parti tunjang samada Pas atau Umno. Foto fail TRP/Wan Kah Hoong

SHAH ALAM, 12 September:

Salah satu daripada dua parti terbesar orang Melayu dan Islam iaitu Pas dan Umno perlu berada di dalam pentadbiran kerajaan, kata Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Kata Abdul Kadir, kedua-dua parti tersebut merupakan parti tunjang di negara ini dan mereka mewakili 70 peratus penduduk di Malaysia.

“Ada dua sahaja parti tunjang di Malaysia ini iaitu Umno dan PAS. Jadi siapa pun nak jadi kerajaan, mesti ada satu parti tunjang. Kita hendak membina negara sejahtera,” katanya ketika membentangkan usul politik di Kongres Rakyat di sini.

Menurut Abdul Kadir, PKR dan DAP berjaya memenangi lima negeri dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) dan kemudiannya mewujudkan Pakatan Rakyat pada 2008 kerana mempunyai parti tunjang iaitu Pas.

Susulan daripada itu, beliau mengkritik tindakan DAP yang menendang Pas keluar daripada Pakatan Rakyat dan menyifatkan ianya merupakan satu langkah ke belakang.

“Siapa hendak jadi kerajaan? Ada parti tunjang ditendang keluar.. Tinggal apa?

“Malang nasib rakyat dan malang nasib negara Malaysia. Tetapi tidak mengapa, Pas perlu ingat kamu adalah parti tunjang.

“Kekuatan Pas terus dari ahli yang sudah lebih 50 tahun tidak bagi apa pun tetap dengan Pas,” katanya.

Bagaimanapun, beliau mencadangkan Pas membuat sedikit perubahan supaya parti itu terus relevan mengikut peredaran masa.

“Tapi adakah Pas sanggup untuk memikul tanggungjawab ini untuk menyelamatkan negara kita?

“Pas harus buat penyesuaian-penyesuaian yang perlu dengan melihat gambaran yang lebih besar,” ujarnya.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/09/12/pas-atau-umno-perlu-ada-dalam-kerajaan/#ixzz3lVf0jQjB

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-