Tuesday, September 15, 2015

Pengemis bersiri: Masa untuk gubal undang-undang untuk membuatkan mengemis palsu satu jenayah

oleh Robin Stanley Augustin

SEKILAS PANDANG: Siapa yang tidak suka benda percuma? Apatah lagi apabila benda percuma itu adalah wang ringgit kerana wang ialah raja, bukan?

Daripada angpau ketika hari jadi, perayaan dan buat pasangan di hari perkahwinan, menerima wang ialah satu kegembiraan sebenar.

Bagaimanapun, tampaknya terdapat sesetengah orang yang suka menerima wang secara berlebihan, berusaha bersungguh-sungguh dan keluar dari zon selesa mereka untuk dapatkan sesuatu.

Mereka ini adalah pengemis yang tidak berapa miskin yang berkeliaran di pasar malam di negara ini.

Satu artikel Star Online baru-baru ini mengetengahkan fenomena ganjil ini di Pulau Pinang di mana ramai pengemis agak berada, malahan mereka mampu membekalkan wang syiling kepada peniaga.

Pengemis-pengemis ini bukanlah gelandangan ataupun miskin melarat, dan pegawai kebajikan negeri telah mendapati bahawa mereka terlibat kerana ‘keseronokan mengemis’.

Presiden Persatuan Peniaga-Peniaga Melayu Pasar Malam Pulau Pinang Mat Jamil Saad berkata seorang pengemis berkaki satu adalah pembekal wang syiling beliau, dan seseorang yang sentiasa mempunyai duit.

Beliau turut mendakwa pernah melihat seorang lelaki tua yang memandu ke pasar malam Nusantara berdekatan Jalan Perak pada hari Selasa, menukar pakaian compang-camping dan berkeliaran untuk mengemis.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan dan Alam Sekitar Negeri Phee Boon Poh berkata terdapat kira-kira 70 orang pengemis sebegitu di Pulau Pinang, yang beliau gelar ‘pengemis bersiri’.

Pengemis-pengemis bukanlah gelandangan dan tidak perlukan wang, mereka mengemis hanya demi keseronokan.
Phee berkata apa yang dilakukan orang-orang ini bukanlah satu jenayah dan ‘pengemis bersiri’ dari luar negeri tertumpu di pusat pelancongan Pulau Pinang dan rumah-rumah ibadat ketika perayaan.

Phee menambah ketika operasi, para pengemis akan diberikan kaunseling dan dihantar ke rumah.

Ya tuhan, ini benar-benar sukar diterima akal.

Anda mesti berasa benar-benar kasihan kepada orang-orang gelandangan dan pengemis sebenar yang langsung tiada apa-apa namun perlu ‘bersaing’ untuk kebajikan dengan palsu ini.

Kenapa pengemis bersiri ini begitu terdesak? Adakah ia benar-benar indah untuk menerima wang percuma?

Tidak cukupkah BR1M? Mungkin pengemis bersiri ini tidak layak untuk BR1M.

Sandiwara ini perlulah dihentikan. Untuk sekali, penguasa kebajikan dan organisasi bukan kerajaan sedang membuang masa dan sumber terhadap orang yang tidak perlukan bantuan.

Walaupun ianya mungkin tidak menyalahi undang-undang, ia tetap salah buat pengemis bersiri ini untuk mengambil kesempatan terhadap orang awam, yang kebanyakan mungkin bergelut untuk hidup tetapi berasa perlu untuk membantu orang yang lebih malang.

Jadi apa bezanya antara pengemis bersiri ini dan penipu atau sindiket pengemis asing?

Mereka semua memperdaya orang awam dan ini satu kesalahan. Hanya kerana pengemis bersiri ini melakukannya demi keseronokan dan bukan demi wang tidak membuatkannya kurang berbahaya.

Seperti yang dinyatakan Phee, ini adalah penyakit sosial dan sesuatu yang mesti dihentikan oleh pihak berkuasa.

Mungkin sudah sampai masa untuk gubal undang-undang yang membenarkan pihak berkuasa saman pengemis bersiri ini.

- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Pengemis-bersiri-Masa-untuk-gubal-undang-undang-untuk-membuatkan-mengemis-palsu-satu-jenayah#sthash.nJMRFJne.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-