Ditulis oleh Dr Riduan Mohamad Nor
Tanah Serendah sekebun bunga, Kelantan menjadi saksimata bagaimana lebih seratus ribu para pendokong PAS berhimpun, memugar kembali semangat serta menggebu aspirasi untuk terus beristiqomah. Mereka datang tanpa diupah, berjejer keringat menempuh pemusafiran yang jauh, namun relung dada mereka menyala api semangat dalam kuntuman ukhuwwah yang mekar bersemi.
Himpunan FASTAQIM menterjemahkan rasa cinta yang mendalam pendokong PAS terhadap jamaah yang mereka cintai walaupun musuh dan pengkhianat sentiasa cuba merobek maruah dan reputasi PAS. Himpunan yang merapatkan pendokong PAS yang mempunyai pelbagai latarbelakang sosio politik, lantaran gegaran pasca muktamar yang berjaya menelanjangi wajah sebenar sekelompok bekas pimpinan PAS.
PAS dalam beberapa bulan ini telah menghadapi lonjakan pertambahan ahli baru di seluruh belahan negara, paralel dengan gelombang sambutan hebat program-program yang dibuat diperingkat cawangan, kawasan, negeri dan juga pusat. Tabiat tersembunyi pendokong PAS dalam tempoh enam dekad ini ialah apabila PAS diasak dan ditekan maka semangat mereka melantun ke udara. Energi mereka seperti dirasuk untuk terus bekerja bagi mengumpulkan kembali sokongan massa dan membentengi jamaah daripada segenap penjuru.
PAS yang merupakan kesinambungan gerakan Hizbul Muslimin yang diharamkan oleh British telah merencahkan dengan baik lapangan operasional sektor siasah, dakwah dan tarbiah dalam tempoh enam dekad. Sejarahnya sarat dengan hujaman musuh dan persaingan dengan gerakan dhirar yang cuba memecahkan kesatuan umat Islam.
Lambang PAS pernah diharamkan, ahli-ahli PAS ratusan jumlahnya yang pernah mendekam di khemah ISA, ribuan ahlinya menghadapi penindasan berterusan, puluhan yang mati dibunuh regim tirani. Sejarah ini tidak dihadami oleh anak muda kail panjang sejengkal yang malas membaca, merasakan PAS ini terlalu lemah untuk menguruskan perubahan dan momentum politik negara ini. Mereka silap, termasuk penganalisa politik separuh masak yang juga pencatur gerakan dhirar yang menyatakan PAS akan lenyap dalam 20 tahun akan datang. Sangat naif dan memalukan artikulasi yang sangat lemah, sedangkan himpunan FASTAQIM menunjukkan kehadiran 70 peratus anak-anak muda yang energetik. Merekalah yang akan mewarisi perjuangan Islam yang menjadi nuansa perjuangan PAS, tanpa kompromi.
Semangat yang dikutip dan lantunan laungan takbir di Kota Bharu wajib diteruskan ke seluruh belahan negara. Pulang dari Himpunan FASTAQIM, maka antara agenda yang wajib digerakkan oleh pendokong PAS ialah memperkasakan program tarbiah dan tajnid. Hidupkan usrah, rehlah, tamrin diperingkat cawangan untuk memperkasakan fikrah ahli dan mempertautkan ukhuwwah. kawasan pula menggerakkan kempen penambahan ahli baru dan menggiatkan ijtimak di peringkat kawasan. Mengatur pelbagai program yang boleh memecahkan tembok kaca diantara PAS dan masyarakat Muslim dan bukan Islam. Gerakkan kempen membeli Harakah yang menjadi lidah rasmi parti dan sebarkan Harakah dilapangan masyarakat.
Pendokong PAS wajib memanfaatkan ruang siber untuk menyebarkan pengaruh PAS kerana medium ini mempunyai jumlah pemain yang besar. Dianggarkan Malaysia mempunyai 15 juta pemilik akaun FB, juga aplikasi media sosial yang lain. Pengaruh media sosial cukup besar merembes pengaruh terutama kelompok kelas menengah berpendidikan dan menjangkaui kawasan luar bandar yang sebelum ini menjadi kubu kuat UMNO BN. Ayuh kita genggam erat tangan untuk menggapai kejayaan, tiada jalan mudah melainkan segunung tad'hiah yang berterusan...maka istiqomah teman-teman semua!
(Penulis ialah AJK PAS Pusat, Panitia FASTAQIM 2015)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
MyMetro Mohd Anwar Patho Rohman wananwar@nstp.com.my PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyampaikan ucap utama pada Sambutan H...
-
bharian.com.my Oleh Roselan Ab Malek bhnews@bh.com.my - Oktober 8, 2020 @ 10:01pm Ahmad Nazlan membuat laporan polis terhadap Anwar. Foto...
-
IPOH, 9 OGOS : Keputusan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Perak yang memilih untuk berkecuali dalam pemilihan Tuan Yang Di-Pert...
-
KUALA LUMPUR, Khamis – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini mengetengahkan pelbagai langkah yang dilaksanakan kerajaan bag...
-
Bernama January 6, 2017 Beliau menggantikan Isa Samad yang tamat tempoh perkhidmatannya tetapi akan terus memegang jawatan sebagai penge...
-
Diterbitkan 17 Apr 2018 12:05 tengah malam PRU14 | Teluk Intan bakal menjadi satu daripada kerusi panas yang perlu diperhatikan pa...
-
Polis menahan seorang lelaki berusia 21 tahun kerana disyaki memuat naik kenyataan berunsur penghinaan terhadap almarhum Sultan Kedah, Tua...
-
Home / Nasional ENAM kawasan telah dilabelkan sebagai zon merah wabak COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham A...
-
June 6, 2016 Berita Utama KUALA LUMPUR, Isnin – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap agar ibadah puasa umat Islam sepa...
-
Alyaa Alhadjri P'RAYA S'WAK | Pertembungan antara sekutu Pakatan Harapan - DAP dan PKR - di Sarawak adalah satu situasi malang ya...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.