Monday, October 5, 2015

Kenapa Ku Nan mempertahankan Tajuddin yang 'sukar dikawal'?

oleh Alyaa Alhadjri

SEKILAS PANDANG: Adakah Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor cuba untuk membayangkan yang Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Tajuddin Abdul Rahman tidak begitu bijak?

Setiausaha Agung Umno itu telah dilaporkan berkata bahawa parti itu tidak akan meminta Tajuddin untuk meminta maaf kepada masyarakat Cina kerana mengancam untuk menampar mereka, kerana beliau dikatakan telah terkeliru oleh media sosial dan seterusnya bertindak dalam kemarahan.

Tengku Adnan berkata punca kemarahan Tajuddin berkemungkinan salah faham yang telah membuatkan beliau berfikir bahawa orang Cina tempatan telah meminta bantuan dari China.
Huang Huikang
“Saya faham perasaan dia. Perkara yang sama turut berlaku, apabila saya pada awalnya salah faham kenyataan duta besar China (ke Malaysia) Huang Huikang, dan saya begitu marah.

“Kenyataan Huang telah diputar belit oleh pemimpin DAP Ronnie Liu. Duta itu tidak pernah menyebut Cina Malaysia tetapi rakyat China. Kenyataan itu telah diputar belit kepada barisan diplomatik,” kata Tengku Adnan yang dipetik oleh Sin Chew Daily pada 3 Oktober.

Huan telah melawat Jalan Petaling di ambang perhimpunan kontroversi yang dirancang, yang telah dibatalkan. Ketika tinjauan mesra, duta itu berkata China menolak sebarang bentuk keganasan, perkauman dan ekstrimisme.

Jelas sekali Tajuddin tidak mengikut ‘nasihat’ oleh pemimpin Umno sendiri yang telah menggesa rakyat supaya sentiasa berwaspada terhadap Internet dan tidak percaya semua yang mereka baca di atas talian.

Ahli majlis tertinggi Umno itu telah memberitahu orang Cina Malaysia supaya berhenti berangan yang ‘Godfather’ dari China akan datang membantu mereka.

Beliau kemudian mengeluarkan amaran ‘melempang’ orang Cina Malaysia yang mengadu terlalu banyak.

Tajuddin telah menolak untuk meminta maaf kepada masyarakat Cina, menafikan beliau telah mengancam untuk melempang mereka, walaupun rakaman audio oleh Malaysiakini telah membuktikan sebaliknya.

Tengku Adnan, bagaimanapun, menegaskan bahawa keseluruhan situasi telah diputar belit oleh Pembangkang - lebih tepat lagi DAP - untuk mengubah debat itu kepada isu perkauman.

Ini walaupun Tajuddin sendiri telah cuba yang terbaik untuk mengelak penjelasan terus atau setidak-tidaknya mengaku yang beliau telah membuat kesilapan.

Menurut Malaysiakini, dalam tempoh hanya 24 jam, penjelasan Tajuddin berubah-ubah daripada penafian terus kepada mendakwa yang beliau disalah petik, kepada berkata bahawa ia “hanya peringatan” dan mengatakan ia hanya sekadar satu “jenaka”.

Pertamanya, ia tidak akan mungkin buat Tajuddin terkeliru jika beliau telah mengambil masa untuk mengesahkan apa yang sebenarnya dikatakan atau dimaksudkan oleh duta besar China itu.

Tetapi walaupun begitu, apa saja keadaan sekarang, Umno harus setidak-tidaknya cuba untuk meneggur Tajuddin yang sering bercakap tanpa berfikir - daripada dilihat mempertahankan orang yang sukar dikawal.

- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Kenapa-Ku-Nan-mempertahankan-Tajuddin-yang-sukar-dikawal#sthash.KUOMyUL5.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-