Aedi Asri | March 12, 2016
Deklarasi itu antara lain mendesak polis bertindak tegas menghalang siri jelajah dan perhimpunan yang bakal dianjurkan pihak Deklarasi Rakyat.
KUALA LUMPUR: Ketua-ketua UMNO bahagian seluruh negara berkumpul hari ini di PWTC bagi menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Menurut Ketua UMNO Bahagian Batu Gajah Datuk Wira Mohd Yusoff Kassim yang mengetuai deklarasi itu, seramai 147 daripada 190 Ketua UMNO Bahagian menandatangani deklarasi itu.
Ia dilihat menguatkan lagi serangan terhadap ‘Deklarasi Rakyat’ yang ditandatangani beberapa tokoh UMNO bersama-sama parti pembangkang dan NGO, terutama ke atas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikatakan sebagai tokoh utama di sebalik kerjasama itu.
“Kami Ketua-ketua UMNO bahagian seluruh Malaysia mencapai satu kesepakatan berhubung isu ‘Deklarasi Rakyat yang didalangi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad bersama-sama pemimpin DAP, PKR dan AMANAH.
“Kami bersatu berikrar memberikan sokongan padu tidak berbelah bahagi kepada Datuk Seri Najib Razak sebagai Presiden UMNO dan akan mempertahankannya sebagai Perdana Menteri Malaysia.
“Kami juga sepakat mengutuk sekeras-kerasnya dan amat kesal dengan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad, yang sanggup bersekongkol dengan pembangkang untuk menjatuhkan Perdana Menteri,” katanya lagi.
Deklarasi hari ini mengulang desakan agar Majlis Tertinggi UMNO mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin UMNO yang terlibat khususnya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Selain itu mereka juga mendesak kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak tegas untuk menghalang siri jelajah dan perhimpunan yang bakal dianjurkan pihak Deklarasi Rakyat.
“Khususnya (anjuran) pembangkang, bertujuan meracuni dan menghasut pemikiran rakyat, berdemonstrasi di jalanan dan apa-apa usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri secara tidak demokratik,” katanya lagi.
Awal minggu ini, seramai 80 Naib Ketua UMNO Bahagian mengisytiharkan sokongan terhadap Najib dan mengecam Deklarasi Rakyat.
Dalam pada itu, Ketua UMNO Bahagian Subang Datuk Zein Isma berkata deklarasi itu mendapat persetujuan kesemua 147 Ketua Bahagian yang menyertainya.
“Beberapa orang termasuk saya dilantik untuk merangka draf awal. Dan tadi kesemua kami menyemak setiap ayat dan membuat pindaan agar semua sepakat dan setuju,” katanya lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Demi untuk berkuasa, pemimpin2 melayu/islam sanggup berbuat apa saja. Malang nya perbuatan mereka ini akan menjurus kepada kemusnahan melayu...
-
Ari ni Wak terasa sangat terkilan di atas perbuatan MB Selangor yang telah ketepikan peranan PAS sebagai sebuah Parti yang berteraskan Islam...
-
22 tahun orang tue ni menjadi ketue pemimpin negare bagi orang melayu. Di mane dan bagaimane kedudukan orang melayu hari ini jike diband...
-
Dalam PRU12 dan PRU13 kite menyaksi kan bagaimane rakyat menilai kedudukan kerajaan Barisan Nasional yang di pimpin oleh UMNO. PRU12 dan PRU...
-
Wak hairan, kenape pemimpin2 Pakatan Rakyat tidak pernah menyedari mengape sebab2 nye parti itu tewas pade PRU13 yang lepas. Sebenar nye ...
-
Satu traler panjang membawe beras sebagai umpan bagi ayam2 yang akan di sembeleh UMNO. Malang nye beras habis ayam terlepas. Sampai bi...
-
DAP,PKR dan PAS pecahkan kuasa politik melayu Kuasa politik menentukan siapa yang berhak memerintah dan berkuasa dalam sesebuah negara d...
-
Mengapa Tamin Taja BN? [Blog Marhaen] Sebuah syarikat pembuat kicap dan sos, Syarikat Tamin yang beroperasi di Enggor Perak selama ini...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.