Showing posts with label Ketua UMNO Bahagian. Show all posts
Showing posts with label Ketua UMNO Bahagian. Show all posts

Sunday, August 8, 2021

Bukan 50 tetapi 100 Ketua Bahagian sepakat desak Zahid berundur, dedah KB

agendadaily.com
8/7/2021

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Seramai 100 Ketua UMNO Bahagian (KB) seluruh negara yang sepakat mendesak Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk berundur kini sudah mencecah 100 orang, terdapat penambahan daripada laporan awal Agenda Daily.

Portal Sinar Harian melaporkan Ketua UMNO Bahagian Bakri, Mohd Fuad Tukirin mendakwa gerakan untuk mendesak Zahid berundur semakin bertambah sebagai tanda tidak bersetuju dengan keputusan Zahid yang memutuskan semasa Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) baru-baru ini untuk menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Menurutnya, 100 KB tersebut juga kecewa dengan keputusan Zahid mengarahkan Ahli-ahli Parlimen UMNO menarik sokongan terhadap kerajaan PN serta-merta, pada saat rakyat berdepan kesusahan akibat krisis pandemik Covid-19.

“Ketua-ketua UMNO bahagian turut berpandangan tindakan itu akan menyebabkan pemimpin UMNO dilihat tidak bertanggungjawab terhadap rakyat pada saat kerajaan PN bertungkus-lumus mendepani krisis Covid-19 yang semakin serius.

“Bagaimanapun, persepakatan lebih 100 ketua UMNO bahagian ini bukanlah satu gerakan untuk menjatuhkan Zahid.

“Proses ini adalah proses biasa yang akan dilaksanakan melalui pemilihan parti yang perlu dilaksanakan Zahid secepat mungkin. Tidak timbul isu kita mahu memburukkan sesiapa,” beliau dipetik berkata.

Beliau turut menghargai tindakan 30 Ahli Parlimen yang kekal bersama kerajaan PN yang dilihat mendahulukan kepentingan rakyat dan negara daripada sibuk bermain politik.

“Kami turut mengucapkan tahniah kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan sekitar 30 ahli Parlimen UMNO serta Barisan Nasional (BN) yang dilihat mendahulukan kepentingan negara dan rakyat dengan terus kekal bersama kerajaan PN.

“Kalau ada dalam kalangan pemimpin UMNO hendak jatuhkan kerajaan PN sangat, sepatutnya mereka kena patuh kepada titah Yang di-Pertuan Agong yang sudah memperkenankan hasrat usul undi percaya Perdana Menteri di Parlimen diadakan pada bulan September ini…Tunggulah sidang Parlimen bulan hadapan,” katanya lagi.

Terdahulu, Aegnda Daily mendedahkan pemimpin akar umbi UMNO seluruh negara kini sudah melancarkan gerakan untuk menyingkirkan Zahid ekoran langkahnya menarik sokongan terhadap kerajaan PN.

Gerakan tersebut yang terdiri daripada Ketua-Ketua UMNO Bahagian dan pemimpin peringkat cawangan difahamkan sudah mula bergerak dengan menyerang Presiden kerana tindakannya yang disifatkan tidak mementingkan masa depan parti dan lebih mementingkan kepentingan peribadi semata-mata.

Daripada maklumat diterima Agenda Daily, sekurang-kurangnya 50 Ketua UMNO Bahagian sudah bersedia untuk melawan Zahid dan akan membuat aduan kepada pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berhubung tindakan Zahid yang tidak mengikut peraturan parti, ia termasuk isu berkaitan pemilihan parti.

Wednesday, April 4, 2018

TPM sedih ada Ketua UMNO Bahagian ditahan dadah


KESAL… Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menganggap kes seorang Ketua UMNO Bahagian ditahan di sebuah pusat hiburan di ibu kota kelmarin sesuatu yang mendukacitakan dari segi moral.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri turut mengakui kejadian itu boleh beri kesan kepada BN di kawasan berkenaan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Bercakap dalam sidang akhbar di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkebang, di Kuala Krai, Kelantam pada Selasa, beliau berkata hal berkenaan akan dibincangkan oleh pimpinan BN.

“Dari segi perundangan dan penguatkuasaan walaupun kita tidak boleh menghukum mana-mana individu sebelum hukuman dijatuhkan mahkamah, namun dari segi moral ia amat mendukacitakan dan tidak seharusnya berlaku.

“Sudah pasti ia memberi kesan dan menjejaskan kawasan tersebut, namun kita akan berusaha supaya organisasi parti serta rakyat tidak pula terjejas,” kata Ahmad Zahid yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional.

Terdahulu, beberapa portal berita tempatan melaporkan ketua UMNO Bahagian berkenaan bersama-sama beberapa orang rakannya ditahan dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan ternama di Jalan Imbi di Kuala Lumpur.

Ujian air kencing yang dikendalikan oleh pihak polis kemudian mendapati mereka sebagai positif dadah. Operasi berkenaan turut disertai pelbagai agensi penguatkuasaan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Sementara itu pejabat UMNO bahagian berkenaan dilaporkan telah mengundang wartawan untuk memberi penjelasan mengenai isu panas tersebut pada sidang media pagi Rabu.

 – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Sunday, March 27, 2016

Ambil tindakan tegas terhadap Mukhriz, Muhyiddin - MT UMNO

NASIONAL
DI KUALA NERANG

UMNO perlu mengambil tindakan tegas terhadap dua pemimpinnya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang menghadiri perhimpunan tertutup bersama-sama pemimpin pembangkang di Shah Alam, Selangor hari ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata tindakan Mukhriz selaku Ketua UMNO Bahagian Jerlun dan Muhyiddin sebagai Ketua UMNO Bahagian Pagoh, mencerminkan mereka kini adalah sebahagian daripada pembangkang yang terang-terangan mahu menentang parti.

Beliau berpendapat sudah tiada maknanya kedua-dua mereka berada di dalam parti.

"Menyatakan bahawa mereka menyayangi UMNO, sedangkan tindakan mereka jelas bertentangan dengan kenyataan tersebut . Parti sepatutnya ambil tindakan terhadap mereka, kalau sudah pergi sejauh itu tak perlu berada dalam parti lagi, baik berterus terang sahaja," katanya.

Mahdzir yang juga Menteri Pendidikan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Syed Ahmad di sini, hari ini.

-- BERNAMA

Saturday, March 12, 2016

'Deklarasi Ketua UMNO bahagian' lawan 'Deklarasi Rakyat'

Aedi Asri | March 12, 2016

Deklarasi itu antara lain mendesak polis bertindak tegas menghalang siri jelajah dan perhimpunan yang bakal dianjurkan pihak Deklarasi Rakyat.
KUALA LUMPUR: Ketua-ketua UMNO bahagian seluruh negara berkumpul hari ini di PWTC bagi menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Batu Gajah Datuk Wira Mohd Yusoff Kassim yang mengetuai deklarasi itu, seramai 147 daripada 190 Ketua UMNO Bahagian menandatangani deklarasi itu.

Ia dilihat menguatkan lagi serangan terhadap ‘Deklarasi Rakyat’ yang ditandatangani beberapa tokoh UMNO bersama-sama parti pembangkang dan NGO, terutama ke atas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikatakan sebagai tokoh utama di sebalik kerjasama itu.

“Kami Ketua-ketua UMNO bahagian seluruh Malaysia mencapai satu kesepakatan berhubung isu ‘Deklarasi Rakyat yang didalangi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad bersama-sama pemimpin DAP, PKR dan AMANAH.

“Kami bersatu berikrar memberikan sokongan padu tidak berbelah bahagi kepada Datuk Seri Najib Razak sebagai Presiden UMNO dan akan mempertahankannya sebagai Perdana Menteri Malaysia.

“Kami juga sepakat mengutuk sekeras-kerasnya dan amat kesal dengan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad, yang sanggup bersekongkol dengan pembangkang untuk menjatuhkan Perdana Menteri,” katanya lagi.

Deklarasi hari ini mengulang desakan agar Majlis Tertinggi UMNO mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin UMNO yang terlibat khususnya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Selain itu mereka juga mendesak kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak tegas untuk menghalang siri jelajah dan perhimpunan yang bakal dianjurkan pihak Deklarasi Rakyat.

“Khususnya (anjuran) pembangkang, bertujuan meracuni dan menghasut pemikiran rakyat, berdemonstrasi di jalanan dan apa-apa usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri secara tidak demokratik,” katanya lagi.

Awal minggu ini, seramai 80 Naib Ketua UMNO Bahagian mengisytiharkan sokongan terhadap Najib dan mengecam Deklarasi Rakyat.

Dalam pada itu, Ketua UMNO Bahagian Subang Datuk Zein Isma berkata deklarasi itu mendapat persetujuan kesemua 147 Ketua Bahagian yang menyertainya.

“Beberapa orang termasuk saya dilantik untuk merangka draf awal. Dan tadi kesemua kami menyemak setiap ayat dan membuat pindaan agar semua sepakat dan setuju,” katanya lagi.

Wednesday, August 20, 2014

ADUN BN Datuk Noor Zahidi Kembali Ke Rahmat Allah


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar, meninggal dunia di Guangzhou, China pagi ini.

Allahyarham dilaporkan meninggal dunia jam 5.45 pagi ini kerana menjalani rawatan penyakit barah yang dihidapinya di negara itu.

Noor Zahidi adalah Ketua Umno Bahagian Tumpat dan juga Timbalan pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan.

Menurut sumber, penyakit yang dihadapi Adun berkenaan agak serius dan sudah beberapa berulang alik ke luar negara bagi mendapat rawatan.

Difahamkan juga pada Ramadan lalu seorang Naib Presiden Umno datang menziarahi Adun terbabit, yang juga merupakan pemimpin kanan Umno di Kelantan.

Allahyarham Datuk Noor Zahidi telah menang di dalam PRU12 (2008) di DUN Pengakalan Kubor (N1) mengalahkan calon PKR, Hassan Berahim dengan majoriti 100 undi dan di dalam PRU13 (2013) Allahyarham sekali lagi mengalahkan calon PKR, Saharun Ibrahim dengan majoriti 1,736 undi. Pada PRU 11 (1999) Allahyarham pernah bertanding untuk kerusi Parlimen Tumpang menentang Datuk Kamaruddin Jaafar namun tewas dengan majoriti 10,442.


Pada persidangan Dewan Undangan Negeri 24 dan 25 Jun lalu, Adun berkenaan tidak hadir. Speaker Dun, Datuk Abdullah Ya’kob mengumumkan pada pembukaan persidangan itu Adun terbabit memohon cuti.

SPR akan mengadakan pilihan raya kecil dalam masa 60 hari, selepas dimaklumkan secara rasmi oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan berikutan pemergian Allahyarham.

Semuga Allah mencucuri r5ahmat ke atas roh Allahyarham. Alfatihah.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-