Faiz Zainudin | March 16, 2016
Ini kerana tindakan saman pemula yang difailkan di Mahkamah Tinggi oleh Majlis Peguam Malaysia terhadap Peguam Negara pada 14 Mac 2016.
KUALA LUMPUR: Isu derma RM2.6 bilion melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak boleh lagi dibahas di Parlimen, kata Datuk Seri Azalina Othman Said
Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, mengikut Peraturan 23 (1), sebarang isu yang sedang berjalan di mahkamah tidak boleh dibahaskan di Parlimen.
“Kerajaan sentiasa komited untuk memberikan jawapan mengenai sebarang isu yang melibatkan akauntabiliti termasuk dalam isu RM2.6 bilion dan SRC International.
“Kerajaan tidak boleh lagi menjawab soalan berkaitan isu tersebut di Parlimen disebabkan ia tertakluk kepada Peraturan Mesyuarat 23 (1) (g) yang menyatakan ‘sesuatu pertanyaan tidak boleh dikarangkan cakapnya sekira-kira harus menggelengcungkan perkara yang sedang dibicarakan oleh Mahkamah dan tidak boleh ditanya berkenaan dengan apa-apa perkara dalam pertimbangan mahkamah (sub judice)
“Hal ini kerana terdapat satu tindakan saman pemula yang difailkan di Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) oleh Majlis Peguam Malaysia terhadap Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada 14 Mac 2016,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.
Badan Peguam memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi terhadap keputusan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Presidennya, Steven Thiru berkata, dalam permohonan itu, Majlis Peguam mahu agar keputusan Apandi Ali yang ‘membersihkan’ Najib daripada sebarang pertuduhan pada 26 Januari lalu diketepikan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
"31 DECEMBER 2012 Buku berkaitan penukaran akuan bersumpah Bala mula tersebar KUALA LUMPUR 31 Dis: Buku yang berkaitan dengan pe...
-
Wak tak heran bile jenguk2 kad blog pencacai2 UMNO boleh di katekan semuenye ' nampak bersetuju ' dengan kerajaan BN menaikan har...
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
Wak tak heran kalu pekerje2 yang berade dalam Perkhidmatan Awam tu semue nye bersetuju juge dengan saranan Presidennye tu. Kate nye 'pen...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Wak tak heran kalu UMNO menyerang pemimpin2 PR terutame nye PAS dan PKR dengan tohmah dan fitnah mem buruk2 kan peribadi. Sebenar nye UMNO...
-
Harapan PAS - 'PAS for All'. Ini lah slogan PAS yang sangat berkesan pada PRU12 yang lepas. Setelah meraih kemenangan banyak kerusi...
-
Wak tak heran kenape menteri2 UMNO ni selalu keluarkan iade2 yang kurang bijak. Pertame pemimpin2 UMNO tahu bahawe pencacai2, penyokong da...
-
Nik Amar perlu ukur baju di badan sendiri Kedudukan penyandang jawatan timbalan presiden PAS Mohamad Sabu kini dilihat le...
-
Wak tak heran jike di suatu hari nanti negeri Malaysia ni akan jadi milik Cine sepenuh nye........ Wak memang kagum dengan lagu UMNO yan...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.