Send by Email
Kuala Lumpur – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuka kertas siasatan berhubung isu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membeli rumah jenis banglo pada harga rendah daripada harga pasaran serta didakwa mempunyai kaitan dengan isu penjualan tanah di negeri itu.
Menurut sumber SPRM, kertas siasatan itu akan dibuka mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 berhubung dakwaan kononnya menerima suapan daripada pihak yang berkepentingan.
“Kita telah menerima beberapa laporan berkenaan isu ini hari ini dan kita masih menunggu jika ada laporan lain yang dibuat.
“Kalau aduan sebegini, memang kita akan buka kertas siasatan secepat mungkin dan kami akan siasat tidak kira siapa individu yang terlibat,” katanya kepada Bernama hari ini.
Selain itu, kata sumber itu, pihaknya juga akan memanggil Lim untuk memberi keterangan setelah mendapatkan keterangan daripada pengadu-pengadu serta saksi-saksi.
“Saksi akan dipanggil untuk sahkan tohmahan yang diutarakan dan selepas itu baru kita akan panggil dia (Lim),” kata sumber itu.
Akhbar tempatan hari ini melaporkan Lim didakwa membeli rumah di Jalan Pinhorn, Georgetown di Pulau Pinang dengan harga yang lebih rendah berbanding nilai harga pasaran semasa.
Semalam, pada sidang Dewan Rakyat, Datuk Shabudin Yahaya (BN-Tasek Gelugor) mendakwa rumah berkeluasan tanah 10,161 kaki persegi (943.98 meter persegi) didakwa dibeli Lim pada 25 Okt tahun lalu dengan harga RM2.8 juta.
Menurut Shabudin, nilai pasaran harga rumah berkenaan ialah dalam lingkungan RM6 juta hingga RM6.5 juta.
Lim dilaporkan telah menafikan dakwaan Shabudin itu. – Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Mungkin ade yang hairan kenape Wak tibe2 tertumpu ke Gelang Patah Johor. Sebab nye Wak bertumpu ke Gelang Patah kerane di sini boleh lah ...
-
Wak tak heran bile jenguk2 kad blog pencacai2 UMNO boleh di katekan semuenye ' nampak bersetuju ' dengan kerajaan BN menaikan har...
-
Wak hairan, kenape pemimpin2 Pakatan Rakyat tidak pernah menyedari mengape sebab2 nye parti itu tewas pade PRU13 yang lepas. Sebenar nye ...
-
Wak heran juge kenape Kongres Melayu Pulau Pinang ni terlalu sibuk dengan status quo 20 anggota jawatankuase DAP Pulau Pinang. DAP tu memang...
-
Wak hairan sungguh, kenape le bangang se sangat pencacai2 umno ni. Kan ke yang di perkatekan oleh Tn Guru tu lebih kurang begini bunyi ny...
-
بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم MUNGKIN ANDA SECARA TIDAK SADAR TELAH MENGKONSUMSI BABI? Bagi orang muslim h...
-
Wak tak heran pebile sahabat blogger ni kate PAS bodoh piang. PAS di katekan bodoh piang kerene 'mempercayei cakap Lim Guan Eng masuk ...
-
Oleh Shahbudin Husin Saya terpanggil untuk menjawab tulisan Ketua Umno Bahagian Cheras, Syed Ali Alhabshee yang mempertahankan tindakan is...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.