FMT Reporters
Menurut blogger, 'ratusan pimpinan pembangkang tahu' kemewahan UMNO disimpan di bawah nama peribadi pelbagai pemegang amanah, proksi dan penama.
PETALING JAYA: Bekas presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad dicabar supaya menjelaskan mengenai aset RM100-RM200 bilion milik UMNO dan sudahkan aset ia dipulangkan kepada parti itu.
Blogger politik, Raja Petra Kamarudin menuduh Mahathir menukar parti Melayu itu daripada sebuah parti politik kepada syarikat korporat selepas pendaftaran parti itu dibatalkan dan dibentuk semula akibat perebutan kuasa Mahathir-Razaleigh pada penghujung 1980an.
Raja Petra membuat tuduhan itu dalam tujahannya terhadap Mahathir, yang mengerakkan kempen menjatuhkan Presiden UMNO dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, selepas berjaya mengulingkan penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Kempen Mahathir itu menyorot perhatian ke hal kewangan syarikat berkaitan kerajaan, 1MDB, dengan penekanan kepada deposit US$600 juta dalam akaun peribadi Najib yang menurut pemerintah sebenarnya derma politik dari Arab Saudi untuk pilihan raya umum 2013.
RPK dalam tujahannya berkata bekas perdana menteri itu telah berbohong dalam surat terbukanya kepada ahli-ahli UMNO minggu lalu, dalam cubaan menarik sokongan mereka untuk menjatuhkan Najib.
Beliau berkata Mahathir tidak menceritakan sepenuh kebenaran dan berbohong untuk mengambil kesempatan diatas generasi muda yang tidak arif akan sejarah UMNO dan dirinya.
Beliau berkata UMNO dihimpit masalah kewangan akibat daripada pembatalan pendaftaran parti itu oleh mahkamah selepas Tengku Razaleigh Hamzah hampir menumpaskan Mahathir dalam pemilihan parti 1987.
“Semua aset UMNO dibekukan dan banyak cawangan dan bahagian UMNO disaman oleh bank. Menjelang pilihan raya umum 1990, UMNO tidak berduit dan terpaksa merayu sumbangan daripada tauke-tauke kaya dan ahli-ahli perniagaan,” kata Raja Petra.
“Tentu sekali sumbangan itu bukan seikhlas hati,” tegasnya dan parti itu membalas ‘kemurahan hati’ penderma dengan konsesi dan kontrak melalui penswastaan aset kerajaan, pemberian permit dan cara lain.
“Bermula dari situlah UMNO bertukar daripada parti politik kepada entiti korporat,” tulis Raja Petra. Mahathir pada ketika itu memutuskan bahawa UMNO memerlukan berbilion ringgit untuk kempen sekiranya tidak mahu hidup susah.
Turut diputuskan kemewahan UMNO tidak akan dipegang atas nama parti, tetapi atas nama pemegang amanah, penama dan proksi. Presiden UMNO, timbalan presidennya, bendahari dan beberapa yang lain diberi tanggungjawab untuk menyimpan wang tunai, aset dan pelaburan UMNO atas nama masing-masing, jelas Raja Petra.
Beliau menekankan bahawa penemuan RM2.6 bilion dalam simpanan Najib itu adalah akibat daripada perbuatan Mahathir sendiri.
“Bahkan, Mahathir sebagai seorang penama masih memegang kira-kira RM100-RM200 bilion harta UMNO,” kata Raja Petra.
Beliau mencabar Mahathir supaya memulangkan harta itu sebelum mencabar Najib berkenaan RM2.6 bilion yang disimpan dalam akaun peribadi.
Raja Petra berkata “ratusan pemimpin pembangkang tahu perkara ini”, dan menamakan Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail antara yang tahu.
Menurut Raja Petra, Kit Siang telah memohon injunksi terhadap United Engineers Malaysia (UEM) pada 1988 apabila syarikat itu, yang merupakan salah-satu daripada proksi atau penama UMNO, diberi kontrak Lebuhraya Utara-Selatan.
“Mereka tahu mengapa RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib dan bukan akaun bank UMNO. Ia kerana sistem yang diperkenalkan Mahathir pada 1998,” kata Raja Petra. “Mereka berpura-pura tidak tahu supaya mereka boleh menjadikan RM2.6 bilion sebagai isu. Rakyat Malaysia termakan penipuan itu bulat-bulat.”
Beliau mencabar Mahathir supaya menjelaskan apa jadi dengan aset RM100-RM200 bilion milik UMNO itu dan mengapa ia disimpan atas namanya dan bukan parti.
Raja Petra mencabar bekas pemimpin UMNO itu supaya menunjukkan bukti beliau telah memulangkan harta parti itu kepada parti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Bernama May 13, 2017 Timbalan pengerusi BN itu berkata, hampir pasti semua kerusi akan berlaku pertandingan 3 penjuru susulan keputusan PAS...
-
perakinsight.com May 4, 2021 3:20 pm UMNO dan Barisan Nasional (BN) diharap tidak membuat keputusan untuk bertanding secara sendirian dan...
-
MyMetro Mohamed Farid Noh farid_noh@bh.com.my SUSPEK ditahan polis di Johor Bahru LELAKI yang memijak al-Quran dan membuat rakaman suara...
-
FMT Reporters June 17, 2017 Kenyataan pertama dari pimpinan tertinggi PAS selepas lebih 24 jam dokumen terbaharu DoJ itu menjadi perbual...
-
Selepas siri cabar-mencabar untuk bertanding pilihan raya dan mengadakan debat yang sepatutnya diadakan hari ini, Tun Dr Mohamad dan Datuk...
-
Reuters June 2, 2017 Lebih 20 serangan ke atas orang Islam direkodkan sejak 17 April lalu termasuk membakar perniagaan milik orang Islam da...
-
FMT Reporters | October 24, 2015 Pihak yang menyebarkan maklumat serta gambar palsu itu akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi ...
-
Ketua Umno Teluk Kemang Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad kesal dengan tindakan 13 ketua cawangan dalam bahagian itu yang mendesak presiden pa...
-
bharian.com.my Oleh Nur Izzati Mohamad bhnews@bh.com.my - Mac 18, 2025 @ 7:08pm Anwar menandatangani plak simbolik perasmian pada Majlis Pe...
-
Datuk Husam Musa hari menempelak ahli Majlis Syura Ulama PAS Zaharudin Muhammad agar tidak bersikap lebih buruk daripada diktator Mesir F...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.