Friday, May 27, 2016

MCA bantah RUU hudud, beri amaran jejaskan keamanan

MCA membantah tindakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membentangkan semula rang undang-undang persendirian mengenai hudud.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata rang undang-undang itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana intipati Akta 355 adalah garis pemisah antara syariah dan undang-undang sivil.

"Nenek moyang kita mempunyai kebijaksanaan yang hebat dengan mengabadikan peraturan itu dalam Perlembagaan Persekutuan dengan tujuan dan maksud supaya masyarakat Islam dan bukan Islam boleh hidup dengan aman.

"Jika pindaan kepada akta ini dibenarkan, ia akan membuka kotak Pandora yang akan membawa kepada pencerobohan kepada sistem undang-undang sekarang, yang mana Perlembagaan Persekutuan berada di kedudukan tertinggi," katanya dalam satu kenyataan media.
Ong berkata sebarang gangguan ke atas teras Perlembagaan Persekutuan tidak harus dibenarkan kerana prinsip-prinsip tersebut telah membawa keamanan dan kestabilan sejak zaman kemerdekaan dan pembentukan Malaysia.

"Persoalan utama yang patut kita tanya ialah: mengapa kita mahu mengganggu keamanan dan kestabilan yang nenek moyang kita berusaha keras untuk capai demi negara yang tercinta ini," katanya.

Kerajaan hari ini memberi keutamaan kepada rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta 355 dan menjadualkannya untuk perbahasan di Dewan Rakyat awal petang ini.

Walau bagaimanapun, Hadi meminta agar ia ditangguhkan ke sesi akan datang dan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia bersetuju dengannya.

Cadangan untuk membawa usul Hadi ke hadapan dibawa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dan disokong oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Pandikar sebelum ini membenarkan usul itu yang disenaraikan sebagai nombor '15' atau perkara terakhir dalam Kertas Perintah Parlimen walaupun mendapat bantahan daripada ahli parlimen DAP.

Jika rang undang-undang hudud itu diluluskan, ini akan merintis jalan untuk pelaksanaannya di Kelantan.

Dewan Undangan Negeri Kelantan telah meluluskan rang undang-undang untuk melaksanakan hudud tahun lalu dengan semua 44 ADUN mengundi menyokongnya.

[Baca berita penuh]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-