Thursday, June 9, 2016

Ini sapa punya kerja ni...........?

PAS berang poster Hadi diconteng menjadi badut
Ketika kempen pilihan raya kecil parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar semakin panas, muncul pula poster Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang diconteng menjadikannya kelihatan seperti badut.

Ini menimbulkan kemarahan Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria, yang membidas mereka yang bertanggungjawab.

Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai satu provokasi, katanya, ia juga adalah percubaan terdesak untuk memburukkan PAS menjelang pilihan raya kecil 18 Jun ini.

Razman berkata, tidak ada sebab untuk menjadikan presiden PAS itu sebagai sasaran memandangkan Hadi bukannya bertanding.
"Provokasi ini semuanya bermula daripada pemasangan 'billboard' semalam. Macam-macam mereka kata, cakap kita bersama Umno.

"Kalau kita mahu bersama Umno, kita tidak akan bertanding di Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Macam mana boleh kata kita sokong Umno?

"Sekarang zaman politik matang. Kerja-kerja burukkan individu itu cerita lama," katanya yang dipetik akhbar Sinar Harian.

Razman bagaimanapun enggan menuding jari ketika ditanya sama ada beliau mengetahui dalang di sebalik kejadian ini.

Katanya, seharusnya mengelak melakukan provokasi seperti itu kerana ia akan menimbulkan suasana tidak harmoni.

"Kita menyelar tindakan pihak melakukan provokasi seperti ini. Nampak mereka ini terdesak untuk meraih sokongan.

"Mereka bimbang dengan sokongan diterima PAS jadi mereka cuba lakukan pelbagai cara untuk cetus provokasi seperti ini, " katanya.
Terdahulu, PAS mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menaikkan papan iklan menuduh mereka bersekongkol dengan Umno dalam isu 1MDB.

Naib Presiden PAS Idris Ahmad mencabar mereka yang bertanggungjawab supaya mengulangi tuduhan liar mereka secara terbuka.

Calon PAS Dr Najihatussalehah Ahmad akan menghadapi pertandingan empat penjuru bagi merebut kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

Beliau akan berdepan dengan calon BN Datin Mastura Mohd Yazid, calon Parti Amanah Negara, Dr Ahmad Termizi Ramli dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary pada 18 jun ini.

Kerusi itu kosong berikutan kematian bekas penyandang dan suami Mastura, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkorban dalam nahas helikopter semasa pilihan raya negeri Sarawak, bulan lalu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-