Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin Parti Amanah Rakyat (PAN) pada akhirnya akan ‘melutut’ dan mengiktiraf kekuatan Pas dalam persada politik negara berbanding parti serpihan itu.
Malah Abdul Hadi berkata, parti-parti lain yang menjadi sekutunya dari dahulu lagi terpaksa bergantung kepada Pas untuk meraih sokongan rakyat memandangkan komitmen tinggi ahli Pas.
Sehubungan itu, katanya, dakwaan bahawa ribuan ahli Pas di Kelantan berpaling tadah menyokong PAN sebagai cakap kosong yang tidak berpijak di bumi nyata.
“Berita begitu mudah dipetik dengan jari, apatah lagi dalam dunia siber berita terlalu laju dan tidak berpijak di bumi nyata.
“Kita yakin ahli-ahli kita di semua cawangan dan kawasan tetap konsisten, bahkan parti lain bergantung dengan kita, tunggulah suatu hari nanti PAN akan melutut kepada kita,” katanya demikian selepas menghadiri Program Munajat Perdana ‘Rakyat Kelantan Menyokong Rang Undang-Undang Akta 355’ di pekarangan Stadium Sultan Muhammad ke IV, di sini malam tadi.
Dalam Majlis Perisytiharan Keluar Pas dan Masuk Amanah di Salor, di sini yang diadakan serentak dengan Program Munajat Perdana tersebut, kepimpinan PAN mendakwa menerima lebih 1,500 keahlian baharu daripada penyokong Pas di negeri ini.
Utusan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Sebenar nye Wak tak layak terima BR1M ni, sebab jika kira pencen dan gaji isteri yang masih bekerja melebihi RM3000. Wak heran juga kenapa b...
-
agendaily.com 01/06/2023 Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man. Gelombang sokongan rakyat kepada Perikatan Nasional (PN) dijangka tida...
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
utusantv.com Oleh Azrul Hakimie Anuer -June 2, 2023 Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan. GAMBAR : Abd Razak Aid RAMAI d...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jun 1, 2023 5:45 PM Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa bahawa golongan Melayu yang menyertai Pakatan Hara...
-
satuberita.my By Admin -June 2, 2023 Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menganggap Datuk Seri Anwar...
-
Dulu Wak ada dengar sorang MB yang suka dengan penyapu. Akhir nya dia pun kena sapu juge. Hingga terjatuh di timpa tangga. Sekarang kita d...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jun 3, 2023 8:53 AM Anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi membalas teguran Setiausaha Agung...
-
satuberita.my By SatuBerita -May 29, 2023 WALAUPUN pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri dijangka sengit, namun silent protest (protes s...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.