ADUN Kota Damansara, Halimaton Saadian Borhan berkata, hal tersebut jelas kelihatan apabila pakatan pembangkang kerap kali membuat rundingan menerusi 'jalan belakang' ekor masing-masing mempunyai agenda tersirat.
“Sebab itu kalau kita lihat pakatan pembangkang ini tidak pernah kekal kerana mereka tidak jujur sesama mereka dan sentiasa ada drama tikam belakang terutama dalam berebut kerusi pilihan raya”, katanya.
Ujarnya, berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa berunding secara terbuka untuk mencapai konsesnsus menyebabkan gabungan berkenaan kekal relevan sehingga kini.
“Inilah formula bagaimana BN terus dapat bersama.
"Jika ada masalah misalnya seperti pertindihan kerusi pilihanraya segalanya akan diselesaikan menerusi perbincangan bersama secara konsensus bukan menerui rundingan pintu belakang seperti yang berlaku dalam pembangkang," katanya lagi.
Tegasnya, sikap tikam belakang dikalangan pembangkang bukanlah sesuatu yang mengejutkan dan ianya membuktikan amalan politik licik mereka dalam mencapai matlamat masing-masing.
“Ini sudah dijangka dan ini kita sedia maklum. Antara mereka hanya atas kertas sahaja nampak cantik namun di sebaliknya adalah penuh dengan perasaan curiga-mencurigai antara satu sama lain. Itulah mereka…dan itulah amalan politik mereka,” ujarnya.
- Malaysia Digest
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.