Demikian kata Mursyidul Am PAS yang baharu, Hashim Jasin dalam mengulas kerjasama PAS dengan parti-parti lain termasuk UMNO.
Kata beliau, aspek utama yang akan ditekankan dalam keadaan politik yang tidak menentu waktu ini adalah perpaduan dalam kalangan umat Islam.
“Allah kata di dalam al-Quran; berpegang teguh kamu dengan tali Allah jangan berpecah belah,” tegasnya dalam satu wawancara dengan sebuah media baru-baru ini.
Hashim dalam pada itu berkata, PAS sentiasa berbaik dengan UMNO dan sentiasa membuka ruang kerjasama dalam urusan melibatkan kebajikan.
Beliau dalam pada itu menjelaskan PAS tidak akan masuk campur dalam urusan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kerana ia satu isu yang tidak dipastikan kesahihannya.
Hashim seterusnya menegaskan, PAS tidak akan menjalin sebarang kerjasama dengan DAP.
-MYNEWSHUB.CC
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.