Wak Labu Farm

Mohd Suleiman Othman

Wednesday, November 30, 2016

Ambil Tindakan Terhadap Penerima Dana Asing

KUALA LUMPUR – Wanita UMNO mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang terhadap penerima dana asing yang bertujuan menggulingkan kerajaan.

Ketuanya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata demi mencapai cita-cita kotor mereka, pembangkang sanggup menerima dana dari pihak asing untuk mengucar-ngacirkan negara.

“Puan-puan, (hartawan Amerika Syarikat) George Soros sudah kembali semula. Dialah petualang dan penyangak mata wang yang menjadi punca kejatuhan teruk ringgit pada 1997.

“Daripada laporan yang dibocorkan oleh DC Leaks, Soros membiayai petualang-petualang yang hendak menggulingkan kerajaan Malaysia,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Wanita UMNO bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2016, di sini hari ini.

Di hadapan seramai 977 perwakilan Wanita, Shahrizat bercakap tentang beberapa lagi jenis ancaman terhadap parti dan kerajaan Barisan Nasional (BN) menerusi campur tangan asing.

Beliau berkata tangan asing ini tidak berputus asa untuk memecahbelahkan orang Melayu dan menghancurkan kuasa dominan politik orang Melayu.

“Lihat sahaja bagaimana liciknya pembangkang menjaja kisah 1Malaysia Development Berhad sebagai kononnya satu skandal kewangan sehingga US Department of Justice (Jabatan Keadilan Amerika Syarikat) campur tangan.

“Walhal kita semua dapat membaca ini agenda politik pembangkang untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak selaku presiden UMNO dan perdana menteri serta menggulingkan kerajaan Barisan Nasional yang telah dipilih secara demokrasi,” katanya.

Tidak cukup dengan itu, kata Shahrizat, kuasa luar juga menggunakan media untuk memfitnah semua yang telah dilakukan kerajaan dan menggambarkan Malaysia mengalami keadaan ekonomi yang teruk.

“Beberapa media telah menjadi ejen penabur fitnah yang mengapi-apikan sentimen kemarahan rakyat terhadap kerajaan. Jangan sekali-sekali kita terpedaya dengan helah ini,” katanya.

Beliau berkata ancaman juga datang dalam bentuk pergerakan sivil seperti Bersih dan seangkatan dengannya bertujuan melumpuhkan ekonomi dan politik negara sama seperti huru-hara di Mesir dalam kejadian ‘Arab Spring‘.

“Sampai sebegini teruk kita diancam, kalau kita masih tidak berkeras dan tidak sedar, kita bukan hanya hilang parti, kita akan hilang sebuah negara. Apa yang kita nak jawab dengan anak cucu kita nanti?” tegas beliau.

Shahrizat berkata rata-rata rakyat tidak mahu kerajaan digulingkan di luar proses demokrasi, tetapi mahu menunggu pilihan raya umum.

Malah, lebih utama majoriti rakyat enggan masuk perangkap Bersih yang dilaporkan ditaja dana asing demi kepentingan politik peribadi, katanya.

 – BERNAMA


By Wak Labu Farm at November 30, 2016
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Barisan Nasional (BN), Ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-

  • Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin
      Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
  • Kerajaan Ismail akan jatuh? (Suatu teori konspirasi)
    bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
  • Mahkamah keluar waran tangkap ke atas Hasanah
    Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), ...
  • Hadi: Melayu mudah lupa bersama PH
    malaysiakini.com Diterbitkan: Jun 1, 2023 5:45 PM Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa bahawa golongan Melayu yang menyertai Pakatan Hara...
  • Mengapa jadi begini, tanya Rafidah
    malaysiakini.com Diterbitkan: Mar 14, 2023 2:28 PM Bekas menteri kanan, Rafidah Aziz, menyatakan rasa gelisahnya apabila melihat keadaan se...
  • Bekas hakim Mahkamah Tinggi Syariah Perak bakal sambut raya di penjara
    Hassan Basri ketika Mahkamah Sesyen Ipoh menjatuhkan hukuman penjara 19 tahun dan denda RM210,000 atas tujuh tuduhan rasuah pada Disember ...
  • Siti Nuramira didakwa cetus permusuhan, kebencian
    malaysiakini.com Hidir Reduan Abdul Rashid Diterbitkan: Jul 13, 2022 Seorang wanita mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menimbulkan menye...
  • PM gesa imarah masjid, suburkan kegiatan ilmiah
    bharian.com.my Oleh Nur Izzati Mohamad bhnews@bh.com.my  - Mac 18, 2025 @ 7:08pm Anwar menandatangani plak simbolik perasmian pada Majlis Pe...
  • Dr M jumpa presiden Xi Jinping bulan depan
    Norman Goh | Diterbitkan 26 Jul 2018, 8:49 pagi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengetuai delegasi ke China bulan depan...
  • Lapan ADUN UMNO Perak khianati Melayu, Islam demi diri, kuasa
    agendaily.com 21/11/2022 ADUN UMNO Perak yang bersekongkol dengan DAP. Memetik kata-kata Tan Sri Annuar Musa “Nak membina memakan masa berta...

Banjar Bloger

Banjar Bloger

Terima Kasih

Terima Kasih

Maut

Maut
Mati akan tiba pada bila2 masa saja...Tak kira tua atau muda.

Ingatan bagi diriku

Ingatan bagi diriku

My Blog List

  • KERENGGA
    Lelaki ditahan kerana hubungan intim dengan budak 11 tahun
    1 hour ago
  • Dapur Tanpa Sempadan...
    RESIPI KEK PAUN OREN
    2 years ago
  • MiLo SuaM
    Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin
    5 years ago
  • Batu vs Kayu
    Perutusan Dari Tun Mahathir
    6 years ago
  • Biaqpila™
    LIVE AJL 34
    6 years ago
  • BlogList Malaysia
    Menteri DAP Rasis S. Kulasegaran Sila Letak Jawatan
    8 years ago
  • Pejuang Tok Gajah46
    Siti Hasmah: Esok adalah hari kritikal
    8 years ago
  • KELAB GREENBOC
    [VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru
    9 years ago
  • Kasultanan Banjar
    Syahidin Penghulu Haji Rasyid
    14 years ago

ayam piru

ayam piru
dah cukup matang

muscovy duck

muscovy duck
itek serati

Wak Labu Farm

Wak Labu Farm
sejauh mata memandang

Search This Blog

About Me

My photo
Wak Labu Farm
View my complete profile
  • Home

yang berkunjung ke laman Blog Wak Labu Farm - https://wak-labu.blogspot.my Terima Kaseh

Translate

Blog Archive

Report Abuse

Subscribe To

Posts
Atom
Posts
Comments
Atom
Comments

Followers

Tumbuhan herba

Tumbuhan herba
keladi tikus

Sahabat Bloggers

  • AGEN DSAI....
    JOM BALIK UNDI JOHOR, UMNO MENANG NAJIB BEBAS?
    3 months ago
  • Journal Pak Abu
    Keupayaan berfikir dan memahami logik asas yang sedang merudum ke bawah
    6 months ago
  • Anak Sungai Derhaka
    The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im
    2 years ago
  • Anakbukitgantang in Putrajaya
    Malaysia jadi buah catur Amerika vs China
    8 years ago
  • tok gajah
    Siti Hasmah: Esok adalah hari kritikal
    8 years ago
  • Direktori Blog Politik Malaysia
    Ke manakah Menghilangnya Pengganas Komunis dan Keturunannya?
    8 years ago
  • Cenangau Daunkari
    MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN
    8 years ago

Sahabat bloggers

  • TAZKIRAH
    Tazkirah di Facebook
    3 months ago
  • SEDAKA SEJAHTERA
    PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK SEKITAR PARLIMEN JERAI
    4 years ago
  • ! BUJANG SENANG !
    DUN Johor bubar Ahad ini?
    4 years ago
  • Na'im Nikmat @blog
    MASALAH GENERASI LEMBIK.
    4 years ago
  • JENTAYUABAKA
    KESIHATAN MENTAL: TV ASING TERPESONA PROGRAM MEMANUSIAKAN MANUSIAWI
    5 years ago
  • PANEH MIANG
    Just an amusing observation..
    7 years ago

Sahabat Bloggers

  • Pahang Daily Online
    Wan Rosdy Yakin BN Dapat Pertahankan Negeri Melaka, Gerak Kerja Jentera Kempen Kalangan Anak Muda Kini Semakin Mantap
    4 hours ago
  • Apa Yang Tersirat
    MENGHINA TYT SABAH ADALAH JENAYAH.
    1 year ago
  • tumpang sekole...?
    KK Mart -- Why the anger towards the Chinese community...
    2 years ago
  • Wak Long@Man
    Agong lantik Muhyiddin sebagai PM
    6 years ago
  • Batu vs Kayu
    Perutusan Dari Tun Mahathir
    6 years ago
  • Biaqpila™
    LIVE AJL 34
    6 years ago
  • KedahLanie.info
    KedahLanie sudah berpindah ke rumah baru..ini linknya..
    8 years ago
Simple theme. Powered by Blogger.