Wednesday, November 16, 2016

Saya orang pertama arah siasatan 1MDB - Najib

 Send by Email
Petaling Jaya – Dalam temu bual dengan majalah mingguan Jepun, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau adalah orang pertama yang mengarahkan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Disiarkan dalam Nikkei Asian Review pada Selasa, perdana menteri dilaporkan berkata bahawa pihak berkuasa Malaysia telah mengetuai siasatan terhadap 1MDB.

“Saya adalah orang pertama yang mengarahkan pelbagai pihak berkuasa di Malaysia untuk menjalankan siasatan,” kata Najib.

Najib berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Nikkei Asian Review menjelang lawatan tiga hari beliau ke Tokyo pada Selasa.

Siasatan Malaysia ke atas 1MDB membuat kesimpulan bahawa kelemahan wujud dalam pengurusan 1MDB, tetapi tiada seorang pun daripada eksekutifnya didakwa dengan penyelewengan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa di Singapura, Switzerland dan Amerika Syarikat sedang menyiasat entiti dan mereka yang mempunyai kaitan dengan 1MDB berhubung kemungkinan berlakunya pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain.

Dalam temu bual dengan Nikkei Asian Review, Najib juga bercakap mengenai perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik, hubungan dua hala Malaysia dengan China dan hubungan Malaysia dengan Jepun. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-