Tuesday, January 17, 2017

Shahrir akui ketirisan dalam Felda

Anne Muhammad
Pengerusi FELDA yang baru dilantik Tan Sri Shahrir Abdul Samad mengakui berlaku ketirisan dalam badan itu, termasuk anak syarikatnya Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC).

Katanya, Jawatankuasa Kira-kira (PAC) turut mengatakan perkara itu menyebabkan pihaknya perlu mencari sumber kewangan bagi menampung kerugian tersebut.

“Memang Felda banyak ketirisannya, laporan PAC dah berlaku ketirisan dan projek-projek yang dilakukan Felda melalui FIC mengalami kerugian dan itu ketirisan…

“Yang masanya adalah ketika ini yang kita perlukan kewangan untuk mengatasi ketirisan yang telah berlaku.

“Saya tak nafikan berlakunya ketirisan dan ramai orang bising Felda buat keputusan dan perniagaan yang tak menguntungkan.

“Jadi kesannya kepada kewangan kita, sebab itu kita jual saham Maybank,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Menara Felda.

Hari ini Shahril mengarahkan semua ahli lembaga pengarah FIC meletakkan jawatan dalam usaha untuk menyusun semula syarikat tersebut.

FIC merupakan anak syarikat Felda yang bertanggungjawab menjalankan aktiviti perniagaan bukan perladangan.

Ini merupakan langkah pertama yang utama bagi FELDA sejajar dengan pengumuman awal beliau mengenai rombakan besar-besarannya.

Peletakan jawatan oleh ahli lembaga pengarah FIC, katanya, akan membuka jalan untuk menyusun semula FIC.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-