Oleh Athirah Huda Zalhe
KUALA LUMPUR, 28 Syaaban 1438H, Khamis – Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan yang dilempar Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz yang menuduhnya menerima sebahagian besar dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Berucap dihadapan lebih 800 penyokong Bersatu dalam Jelajah Semarak Selamatkan Malaysia di sini malam tadi, beliau berkata, dakwaan Nazri terhadapnya dan Datuk Seri Shafie Apdal adalah fitnah semata-mata.
“Fitnah sefitnahnya. Wallahi (demi Allah) saya tak terima satu sen pun duit (1MDB) itu.
“Bukan masuk poket saya, yang kita bangkitkan adalah yang dimasukkan dalam akaun peribadi Najib RM2.6 bilion, bukan perdana menteri,” katanya.
Ahad lalu, Nazri yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO mengakui bahawa beliau adalah antara penerima dana derma RM2.6 bilion, tetapi mendakwa Muhyiddin dan Shafie juga penerima besar dana berkenaan.
Dakwaan itu turut dinafikan oleh Shafie Apdal kepada pemberita semalam serta menyifatkan tuduhan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu tidak masuk akal dan palsu.
Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata, dakwaan berkenaan jelas menunjukkan bahawa Nazri sudah kehabisan modal untuk menyerangnya dan juga Shafie.
“Dia (Nazri) nak tempis kiri kanan, tak boleh buat apa-apa. Memang dah ‘jammed’ dah,” katanya.
Mengulas krisis semasa hari ini, Muhyiddin berkata, kepimpinan Najib tidak lagi mendapat kepercayaan daripada rakyat ekoran mengetahui beliau adalah perdana menteri yang gagal kerana tidak amanah serta bertanggungjawab dan menjadi pencuri wang rakyat.
“Beliau tidak mengurus negara dengan baik, keadaan ekonomi negara tidak seperti mana yang kita tahu pada zaman lampau.
“Hari ini Najib menyebut soal pertumbuhan, apa maknanya? Pertumbuhan yang dikatakan sehingga 5 hingga 6 peratus, namun rakyat tidak terasa pertumbuhan itu.
“Ia bukan pertumbuhan sebaliknya pengagihan (distribution) kekayaan yang rakyat tidak rasa hari ini. Mana duit itu? Mana hasil negara?,” soalnya.
Katanya, Najib kononnya menubuhkan 1MDB untuk memperkaya negara dan menonjolkan syarikat pelaburan berkenaan sebagai tabung kekayaan Malaysia.
“Tetapi ia jelas terbukti ia adalah skim cepat kaya Najib Razak. Saya pernah menjadi menteri skim cepat kaya dan tangkap ramai orang (yang terlibat).
“Kalau saya jadi menteri lagi, saya akan tangkap Najib kerana buat skim itu dengan 1MDB. Yang cepat kaya bukan kita, tetapi dia,” katanya.
Muhyiddin berkata, beliau dan beberapa kepimpinan politik lain termasuk Dr Mahathir telah memberi jalan serta laluan supaya Najib menyerah diri dan berhenti sebagai perdana menteri.
“Keadaan sudah begitu kritikal, tetapi dia degil tetap mempertahankan bahawa beliau tidak bersalah,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Sebenar nye Wak tak layak terima BR1M ni, sebab jika kira pencen dan gaji isteri yang masih bekerja melebihi RM3000. Wak heran juga kenapa b...
-
agendaily.com 01/06/2023 Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man. Gelombang sokongan rakyat kepada Perikatan Nasional (PN) dijangka tida...
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
utusantv.com Oleh Azrul Hakimie Anuer -June 2, 2023 Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan. GAMBAR : Abd Razak Aid RAMAI d...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jun 1, 2023 5:45 PM Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa bahawa golongan Melayu yang menyertai Pakatan Hara...
-
satuberita.my By Admin -June 2, 2023 Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menganggap Datuk Seri Anwar...
-
Dulu Wak ada dengar sorang MB yang suka dengan penyapu. Akhir nya dia pun kena sapu juge. Hingga terjatuh di timpa tangga. Sekarang kita d...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jun 3, 2023 8:53 AM Anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi membalas teguran Setiausaha Agung...
-
satuberita.my By SatuBerita -May 29, 2023 WALAUPUN pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri dijangka sengit, namun silent protest (protes s...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.