Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib meyakini gabungan empat parti dalam Pakatan Harapan bakal menguasai Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-14 ini.
“Pakatan Harapan semakin menghampiri untuk menguasai Putrajaya melalui PRU14.
“Kejayaan ke empat parti dalam Pakatan Harapan iaitu PKR, Amanah, Bersatu dan DAP bergabung di bawah satu lambang adalah satu kejayaan besar dalam usaha untuk mewujudkan gabungan parti di dalam Pakatan Harapan (PH) untuk menjadi kerajaan alternatif kepada Barisan Nasional(BN).
“PH boleh membentuk sebuah kerajaan yang lebih berwibawa di peringkat persekutuan menggantikan BN seperti yang mereka tunjukkan di Pulau Pinang dan Selangor,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau yang mesra dipanggil Mat Taib mengulas mengenai kesediaan Pakatan Harapan menggunakan satu logo dan akan didaftarkan di Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) tidak lama lagi.
Muhammad berkata, BN kini dilihat sudah hilang keupayaan untuk mentadbir negara dengan baik.
” Terlalu banyak kelemahan didapati di pelbagai bidang dan BN sudah tiada upaya untuk membaikinya lagi.
“Misalnya harga barangan yang semakin meningkat sekarang serta pembatalan bantuan kewangan dalam bidang pelajaran dan kesihatan untuk rakyat.
“Pendedahan Rafizi dua hari yang lepas berkaitan wang SRC dan siapa yang memperolehinya memeranjatkan ramai pihak.
“Terlalu banyak kisah yang menggemparkan negara berlaku. Yang peliknya perangai ‘buat tak tahu’ atau ‘menyadin’ di tunjukkan oleh mereka yang dinamakan itu,” ujarnya.
Justeru katanya lagi, rakyat mahu tahu mengapa merekadiberikan kuasa sewenang-wenangnya berbuat demikian.
“Sampai bila kita nak membiarkan mereka menyalahgunakan kuasa yang diberi oleh rakyat?
“Mahukah kita membiarkan mereka terus melakukan perbuatan yang merugikan rakyat?
“Jawapannya ada di tangan kita. Gunakan dengan sebaiknya,” ujarnya mengajak rakyat menentukan kuasa pemerintahan dengan keluar mengundi pada pilihan raya akan datang.
– MD
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.