BANGI, 8 Ramadan 1438H, Sabtu – Adalah tidak masuk akal jika kerajaan Malaysia menegaskan tidak ada yang salah dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sedangkan pada masa sama negara lain menangkap individu, menutup bank dan mengisytiharkan berlaku kegiatan pengubahan wang dan kecurian secara besar-besaran membabitkan syarikat pelaburan negara itu.
Sehubungan itu, Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, menunjukkan bukti bahawa semua wang 1MDB masih ada dan selamat, jika benar tiada salah laku seperti yang dikatakan.
Tahun lalu, Apandi membersih Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak daripada sebarang kesalahan berkait wang RM2.6 bilion yang diterima dalam akaun peribadinya, dan mengetepikan siasatan berhubung 1MDB.
Apandi mengesahkan bahawa Najib tidak terlibat dalam sebarang salah laku yang berkaitan dengan wang derma bernilai RM2.6 bilion dan RM42 juta yang disalurkan SRC International ke dalam akaun peribadinya.
Menulis dalam blog beliau semalam, bekas Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun itu berkata, akhbar Straits Times melaporkan bahawa Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) yang menyelesaikan siasatan dua tahunnya, mengenakan denda ke atas United Overseas Bank (UOB) dan Credit Suisse, kerana transaksi berkaitan 1MDB.
Katanya, sebelum itu, dua bank ditutup dan beberapa individu ditahan, didenda dan dipenjara kerana terbabit dalam jenayah yang ada kaitan dengan 1MDB.
“Di Amerika, Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat (AS) menerbitkan kenyataan 132 muka surat mengenai pengubahan wang haram, wang 1MDB oleh Riza Aziz dan Jho Low. DoJ menegaskan 3.5 bilion dolar wang 1MDB terbabit dan satu bilion dolar hartanah di AS, lukisan dan penerimaan daripada sebuah filem yang dihasilkan dengan wang yang dicuri, telah dikenal pasti dan dibekukan.
“Peguam Negara Switzerland telah menyiasat kegiatan haram yang membabitkan wang 1MDB dan memohon kerjasama Peguam Negara Malaysia untuk membantu siasatan. Peguam Negara Malaysia bersetuju untuk bekerjasama, tetapi kemudiannya menolak.
“Laporan media seluruh dunia menyatakan dengan jelas bahawa kecurian secara besar-besaran telah dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia, yang di dalam laporan DoJ menyatakan ‘Malaysian Official 1’.
“Laporan itu berunsur fitnah dan jika tidak benar, Perdana Menteri Malaysia sepatutnya menyaman. Tetapi, tiada saman dibuat oleh Perdana Menteri,” katanya.
Tetapi di dalam negara ini, kata Tun Dr Mahathir, apa yang berlaku ialah Peguam Negara dengan mudah mengisytiharkan bahawa Perdana Menteri tidak terbabit dalam salah laku.
“Peguam Negara kemudian mengarahkan tiada lagi siasatan terhadap 1MDB dijalankan. Walaupun kemudian beliau menyatakan bahawa beliau tidak berkata demikian, hakikatnya Peguam Negara tidak pula meminta polis, atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Maaysia (SPRM) atau mana-mana badan lain untuk menyiasat 1MDB,” katanya.
Memuji tindakan SPRM sekarang ini yang hebat melaporkan mengenai individu yang ditangkap bersama sejumlah wang yang besar, yang diperoleh secara rasuah, yang menunjukkan seolah-olah menjadi penggerak untuk membersihkan negara daripada rasuah, Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata:
“Tetapi tiada siasatan, tiada laporan media dibuat berkaitan RM2.6 bilion wang masuk ke dalam akaun peribadi Najib. Ini kerana SPRM percaya kepada cerita yang diberitahu mengenai wang itu, termasuk:
a. Kenyataan Nazri Aziz pada 11 Ogos 2015 yang mengatakan ‘wang itu adalah derma daripada rakan negara ini bagi membantu UMNO memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13′.
b. Kenyataan Ahmad Maslan pada 30 Julai 2015 yang mengatakan ‘tidak benar. Tidak ada aliran dana dalam akaun peribadi Perdana Menteri’.
c. Kenyataan Najib sendiri pada 25 Januari 2015 yang mengatakan ‘memang benar RM42 juta masuk ke akaun saya, tetapi saya tidak tahu siapa yang memasukkannya’.
d. Kenyataan Najib pada 4 Julai 2015 yang mengatakan ‘saya menafikan menerima apa-apa wang dalam akaun saya’.
e. Aziz Kaprawi ketika mengulas dakwaan itu pada 20 Ogos 2015 berkata ‘ derma berkenaan bertujuan untuk membantu UMNO melawan DAP yang disokong oleh Yahudi’.”
Beliau berkata, dalam berdepan semua dakwaan, laporan, kenyataan dan kecaman di seluruh dunia, tidak bolehkah Peguam Negara membuka semula siasatan polis mengenai penipuan membabitkan pengurusan wang 1MDB dan mengeluarkan laporan oleh Bank Negara, SPRM dan Ketua Audit Negara daripada Akta Rahsia Rasmi.
“Sudah diketahui umum bahawa kegiatan jenayah dalam kerajaan bukan merupakan rahsia lagi. Malah, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak dalam kerajaan atau luar kerajaan untuk melaporkan jenayah itu,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
Nik Amar perlu ukur baju di badan sendiri Kedudukan penyandang jawatan timbalan presiden PAS Mohamad Sabu kini dilihat le...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Jamil: Bekalkan senjata pada penguatkuasa agama Bernama 6:42PM Nov 12 ...
-
PRK Sg Limau: Menguji Kematangan Politik Masyarakat Cina Selepas PRU13 JERING Daily | 02:00 | 0 comments Terdapat 1,827 pengund...
-
Wak tak heran kalau kerajaan BN yang di pimpin UMNO semakin ditolak oleh kaum cine. Sebenarnye parti2 komponen dalam BN seperti MCA dan P G...
-
Wak tak heran pebile sahabat blogger ni kate PAS bodoh piang. PAS di katekan bodoh piang kerene 'mempercayei cakap Lim Guan Eng masuk ...
-
What happened in Ayodhya? In 1992 a mosque in Ayodhya was torn down by angry Hindus who believed that Hindu...
-
"KULA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini menasihati MCA menyelesaikan kemelut politik mereka dengan segera sebelum rakyat mengambi...
-
Wak heran juge bile semakin ramai terutamenye kaum mude mudi keturunan banjar sudah semakin melupekan asal usul diri mereke. Boleh dikatekan...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.