Wednesday, September 13, 2017

Polis buru pemilik Facebook hina Almarhum Sultan Kedah

12/09/2017 9:51pm

Oleh NORHAYATI YAHAYA

Pemilik laman Facebook ini diburu polis ekoran memuat naik status jelik ke atas kemangkatan Sultan Kedah semalam.

KUALA LUMPUR - Polis membuka kertas siasatan terhadap seorang lelaki yang menghina Almarhum Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dalam status yang dimuat naik di Facebook miliknya, semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pemuda yang disyaki berasal dari Melaka itu kini sedang dikesan polis bagi membantu siasatan.

“PDRM mengambil serius mengenai hal ini. Susulan itu polis bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengesan lelaki berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, seorang lelaki memuat naik status dengan perkataan kesat terhadap Almarhum baginda hingga menimbulkan kemarahan netizen yang menggesa polis menjalankan siasatan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-