Sunday, October 15, 2017

Bukti rakyat muak dengan propaganda pembangkang

ZULQURNAIN OTHMAN
Suasana kemuncak perhimpunan haram anjuran Pakatan Harapan di Petaling Jaya.-Foto/Media sosial

PADANG TERAP 15 Okt. - Kegagalan Pakatan Harapan yang diketuai DAP mencapai sasaran kehadiran peserta menerusi perhimpunan haram di Padang Timur, Petaling Jaya, semalam membuktikan rakyat sudah muak dengan propaganda pembangkang.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ramai yang sudah bosan dengan segala bentuk cacian dalam ucapan pemimpin mereka yang tidak mempamerkan budaya sopan santun dan adat ketimuran negara ini.

"Pemimpin-pemimpin pembangkang juga memainkan isu-isu lama dalam ucapan dan tiada pemimpin yang mengemukakan manifesto baharu sekiranya mereka hendak memerintah negara kepada peserta," katanya kepada pemberita pada majlis Santai Veteran UMNO Bahagian Padang Terap di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kegagalan sasaran jumlah peserta yang hadir pada perhimpunan yang dianjurkan oleh Pakatan Harapan.

Himpunan yang diadakan bermula pukul 4 petang hingga lewat malam itu mensasarkan kehadiran 100,000 peserta bagaimanapun hambar apabila hanya kira-kira 25,000 peserta hadir berdasarkan pengumuman dibuat pihak penganjur.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-