
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan Naib Presiden Parti Warisan (WARISAN) Sabah Peter Anthony hari ini.
Beliau ditahan selepeas hadir ke pejabat SPRM di Kota Kinabalu untuk memberi keterangan.
SPRM mengesahkan penahanan itu, menurut laporan laman Free Malaysia Today
SPRM juga berkata, Peter akan dibawa ke Mahamah Majistret esok untuk ditahan reman.
Terdapat banyak desas-desus di kalangan pemimpin parti itu sebelum penahanan tersebut.
Semalam, SPRM dilaporkan wang tunai berjumlah RM150 juta menerusi beberapa serbuan yang dibuat di Sabah.
SPRM mendakwa wujudnya sindiket menggelapkan wang apabila projek pembangunan kerajaan diisytiharkan sebagai siap dan tuntutan bayaran dibuat, walaupun projek tersebut langsung tidak dijalankan.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki sebelum ini mengesahkan operasi sedang dijalankan tetapi tidak mendedahkan kementerian yang terlibat.
Peter dilaporkan menerima sejumlah projek daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang sebelum ini dipegang Presiden WARISAN Datuk Seri Shafie Apdal.
Namun beliau menafikan melakukan apa-apa kesalahan, dan menegaskan projek tersebut diperolehinya melalui prosedur yang betul.
Read more at https://www.malaysiakini.com/news/397404#VOSMYezdBbH35Hsr.99
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.