Pada awalnya, Jamal bersama beberapa penyokongnya cuba memasuki bangunan SUK menerusi pintu pagar 1 dengan membawa kotak berisi minuman keras tetapi dihalang oleh pegawai keselamatan.
Ujarnya, minuman keras tersebut ingin diserahkan kepada Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali kerana membenarkan pesta arak berlangsung di negeri Selangor.
"Kenapa saya tidak dibenarkan masuk? Saya bukannya nak buat kacau. Saya mahu hantar minuman ini ke pejabat Azmin. Saya nak beritahu dia supaya jangan menggalakkan aktiviti tidak bermoral dan tidak berfaedah seperti ini," kata Jamal.
Setelah cubaannya untuk memasuki pejabat SUK gagal, Jamal kemudiannya menyusun kotak berisi minuman keras berkenaan dihadapan pagar dan mula memecahkannya menggunakan tukul besi.
"Kita tak suka minuman (keras) ini digalakkan. Kalau nak minum, biar Azmin Ali 'and the geng' dan Exco (Selangor) mabuk dalam pejabat (SUK). Jangan biarkan rakyat Selangor berpesta arak. Ini kita tak nak.
"Apa punya menteri besar, ajak rakyat negeri Selangor mabuk. Bodoh. Batalkan terus. Jangan tangguh-tangguh lagi," kata Jamal sambil memecahkan minuman berkenaan.
Ketua pegawai keselamatan pejabat SUK Selangor, Misnun Ramli kemudiannya meluru ke arah Jamal dan mengarahkan beliau agar membersihkan sampah yang ditinggalkannya dihadapan pintu pagar SUK.
Namun, Jamal mengendahkannya.
"Ini bukan caranya, walaupun dia nak buat protes. Terdapat banyak gelas tajam di jalanan dan malah semua penyokong beliau tidak peduli bila saya suruh mereka bersihkannya. Kami akan membuat laporan polis berhubung perkara ini," kata Misnun.
Protes dibuat oleh Jamal dipercayai berhubung kenyataan Azmin meminta orang ramai untuk menghormati keputusan kerajaan negeri jika mahu menganjurkan pesta arak.
“Pendirian kerajaan negeri ialah kita bukan sahaja perlu menghormati hak kaum dan agama yang lain tetapi sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab bukan sahaja kita hormat tetapi kita kena menjamin dan memelihara hak kaum dan agama yang lain, itu dasar kerajaan negeri,” kata Azmin dipetik FMT.
- mD
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.