Showing posts with label pesta arak Selangor. Show all posts
Showing posts with label pesta arak Selangor. Show all posts

Thursday, October 5, 2017

(VIDEO) "Nak mabuk minum dalam pejabat Azmin".... Jangan biar rakyat pesta arak"

Ketua Pertubuhan Gerakan Merah Malaysia, Datuk Seri Jamal Yunos hari ini bertindak memecahkan beberapa kotak minuman keras dihadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor sebagai protes terhadap penganjuran pesta arak di negeri tersebut.

Pada awalnya, Jamal bersama beberapa penyokongnya cuba memasuki bangunan SUK menerusi pintu pagar 1 dengan membawa kotak berisi minuman keras tetapi dihalang oleh pegawai keselamatan.

Ujarnya, minuman keras tersebut ingin diserahkan kepada Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali kerana membenarkan pesta arak berlangsung di negeri Selangor.

"Kenapa saya tidak dibenarkan masuk? Saya bukannya nak buat kacau. Saya mahu hantar minuman ini ke pejabat Azmin. Saya nak beritahu dia supaya jangan menggalakkan aktiviti tidak bermoral dan tidak berfaedah seperti ini," kata Jamal.

Setelah cubaannya untuk memasuki pejabat SUK gagal, Jamal kemudiannya menyusun kotak berisi minuman keras berkenaan dihadapan pagar dan mula memecahkannya menggunakan tukul besi.

"Kita tak suka minuman (keras) ini digalakkan. Kalau nak minum, biar Azmin Ali 'and the geng' dan Exco (Selangor) mabuk dalam pejabat (SUK). Jangan biarkan rakyat Selangor berpesta arak. Ini kita tak nak.

"Apa punya menteri besar, ajak rakyat negeri Selangor mabuk. Bodoh. Batalkan terus. Jangan tangguh-tangguh lagi," kata Jamal sambil memecahkan minuman berkenaan.
Selepas memecahkan berkotak-kotak minuman keras tersebut, Jamal terus berlalu menuju ke kenderaannya tanpa membuat sidang media menjelaskan tindakannya itu dengan lebih lanjut.

Ketua pegawai keselamatan pejabat SUK Selangor, Misnun Ramli kemudiannya meluru ke arah Jamal dan mengarahkan beliau agar membersihkan sampah yang ditinggalkannya dihadapan pintu pagar SUK.

Namun, Jamal mengendahkannya.

"Ini bukan caranya, walaupun dia nak buat protes. Terdapat banyak gelas tajam di jalanan dan malah semua penyokong beliau tidak peduli bila saya suruh mereka bersihkannya. Kami akan membuat laporan polis berhubung perkara ini," kata Misnun.

Protes dibuat oleh Jamal dipercayai berhubung kenyataan Azmin meminta orang ramai untuk menghormati keputusan kerajaan negeri jika mahu menganjurkan pesta arak.

“Pendirian kerajaan negeri ialah kita bukan sahaja perlu menghormati hak kaum dan agama yang lain tetapi sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab bukan sahaja kita hormat tetapi kita kena menjamin dan memelihara hak kaum dan agama yang lain, itu dasar kerajaan negeri,” kata Azmin dipetik FMT.

- mD

Wednesday, September 13, 2017

PAS: Berdiam diri tanda HARAPAN setuju pesta arak

Pemuda PAS mencabar Pakatan Harapan (HARAPAN) menyatakan pendirian terhadap isu penganjuran pesta arak yang dijadualkan pada Oktober depan di ibu negara.

Naib Ketua Pemudanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, sekiranya gabungan pembangkang berdiam diri, ia membuktikan bahawa HARAPAN bersetuju dengan pesta berkenaan.

"Berdiam diri bererti bersetuju dan bersekongkol, sekali gus mengesahkan DAP adalah ‘ketua’ sebenar HARAPAN yang tidak berani disanggah sama sekali,” katanya dalam kenyataan.

Katanya lagi, tindakan DAP yang lantang mempertahankan pesta berkenaan juga dilihat bukan sahaja biadap tetapi juga provokasi terhadap umat Islam.

"DAP bukan sahaja merai dan menyertai penganjuran berkaitan, bahkan juga telah terbukti begitu ‘sehati sejiwa’ dengan kerajaan BN yang tidak pernah menyatakan ketegasan sebenar kepada isu ini sejak sekian lama," katanya.

Sehubungan itu, Ahmad Fadhli menggesa kerajaan membatalkan penganjuran pesta arak berkenaan dan menghormati Islam sebagai agama rasmi yang termaktub dalam perlembagaan.

“Walaupun meminum arak menjadi gak golongan bukan Islam yang menjadi sebahagian rakyat negara ini, namun menjadikan satu penganjuran pesta ke tahap festival tidak seharusnya berlaku di negara ini.

"Ia tidak mencerminkan realiti budaya Malaysia, bahkan juga rantau ini,” katanya lagi.

Semalam, Malaysiakini melaporkan Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Kim berkata festival itu tetap akan diteruskan walaupun mendapat tentang daripada PAS.

Teng berkata, sebagai sebuah negara demokrasi, semua pihak berhak melakukan apa sahaja aktiviti selagi tidak menyalahi undang-undang.

Menurutnya, PAS juga perlu faham bahawa Malaysia sebuah negara majmuk dan bukan hanya orang PAS tinggal di negara ini.

PAS sebelum ini dilaporkan sedang mempertimbangkan sama ada akan mengadakan protes terhadap penganjuran pesta arak Better Beer Festival 2017 yang dijadual pada 6 Oktober depan.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-