Hafiz Yatim
Peguam terkemuka, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah akhirnya membuka mulut berhubung tuduhan Sarawak Report bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membayarnya RM9.5 juta.
Shafee yang merupakan ketua pendakwa dalam perbicaraan kes liwat II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyifatkan dakwaan tersebut sebagai "tidak masuk akal".
"Saya mahu membuat komen, tetapi saman itu telah difailkan dan oleh itu saya tidak dapat mengulas.
"Saya memfailkan permohonan untuk membatalkannya dan juga (mengemukan) afidavit sokongan dan saya boleh katakan sekarang ini ia adalah tidak masuk akal. Ia juga terdapat dalam afidavit yang saya failkan," katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Terdahulu, Mahkamah Tinggi menolak saman pemula Anwar untuk mengetepikan sabitan kes liwat II berdasarkan tuduhan Sarawak Report.
Kecewa dengan keputusan itu, peguam Anwar, N Surendran dan Latheefa Koya berkata, anak guam mereka telah mengarahkan mereka untuk memfailkan rayuan.
Surendran juga menggesa Najib sama ada mengaku atau menafikan dakwaan Sarawak Report.
"Setakat ini, beliau tidak membuat sebarang komen mengenai perkara itu," katanya.
Tuduhan Sarawak Report menimbulkan spekulasi konspirasi terhadap Anwar apabila Shafee dilantik pada 22 Julai 2013 untuk mengetuai pasukan pendakwaan di Mahkamah Rayuan dan bukan melalui amalan konvensional menggunakan khidmat pendakwaraya awam.
Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Anwar dari tuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atasnya.
Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015 mengekalkan sabitan tersebut.
Anwar, yang dijangka akan dibebaskan tahun depan sentiasa mempertahankan bahawa tuduhan terhadapnya dibuat oleh musuh politik beliau, tetapi dinafikan pihak berkuasa.
Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown yang dituduh bersubahat untuk menjatuhkan Najib, mendakwa bayaran RM9.5 juta itu dibuat dalam dua peringkat dari akaun Najib.
Bayaran pertama dibuat pada 11 September 2013 dan yang kedua pada 17 Februari 2014.
Pada tahun 2015, kerajaan memberitahu parlimen bahawa Shafee dibayar sebanyak RM1,000 untuk bertindak sebagai pendakwa utama dalam liwat II.
Shafee menguncikan mulut sejak Sarawak Report membuat tuduhan berkenaan.
Read more at https://www.malaysiakini.com/news/401275#slcThpcQaof4ifHy.99
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Satu traler panjang membawe beras sebagai umpan bagi ayam2 yang akan di sembeleh UMNO. Malang nye beras habis ayam terlepas. Sampai bi...
-
agendaily.com 25/11/2022 UMNO bersetuju bersama DAP. Berakhir sudah drama politik negara apabila seorang Perdana Menteri baharu sudah dilant...
-
Dalam PRU12 dan PRU13 kite menyaksi kan bagaimane rakyat menilai kedudukan kerajaan Barisan Nasional yang di pimpin oleh UMNO. PRU12 dan PRU...
-
Wak heran juge, lebih 60 tahun kera-jaan BN yang dikuasai oleh UMNO memerintah masib kaum melayu masih jauh ketinggalan kebelakang jike di...
-
Wak hairan, kenape pemimpin2 Pakatan Rakyat tidak pernah menyedari mengape sebab2 nye parti itu tewas pade PRU13 yang lepas. Sebenar nye ...
-
Demi untuk berkuasa, pemimpin2 melayu/islam sanggup berbuat apa saja. Malang nya perbuatan mereka ini akan menjurus kepada kemusnahan melayu...
-
Beginilah jadi nye nasib orang melayu dan agama Islam di negare Islam Malaysia. SYABAS:NEGERI PAHANG AKAN JADI PUSAT AGAMA BUDDHA TERBESAR...
-
Wak tak hairan jike perkare sedemikian boleh berlaku dalam PRK DUN Sungai Limau ni. Sebenarnye dalam perkare hal begini kite sangat sukar ...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.