Ketua Pengarahnya, Surayati Ibrahim berkata penggunaan istilah yang tiada dalam perlembagaan sesuatu parti adalah berat.

“Ia membolehkan pendaftaran sesebuah pertubuhan dibatalkan mengikut Akta Pertubuhan 1966,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut beliau berkata sehingga kini, pihaknya belum meluluskan pindaan Perlembagaan PPBM yang menggunakan istilah ‘ARMADA’ untuk jawatankuasa pemuda parti serpihan UMNO itu..
“Tindakan menggunakan istilah yang tiada dalam perlembagaan adalah melanggar perlembagaan parti sendiri dan Akta Pertubuhan 1966.
“Kesalahan ini dilihat berat dan boleh menyebabkan sesebuah pertubuhan dibatalkan. Siasatan masih diteruskan bagi meneliti isu ini,” katanya.
Tambah Suryati, pihaknya juga menerima aduan daripada beberapa akar umbi PPBM mengenai beberapa ahli ARMADA yang dipecat serta status pengurusan PPBM kerana Mesyuarat Agung belum dilaksanakan.
“ROS sudah memulakan siasatan sebaik sahaja aduan terbabit diterima,” katanya lagi.
Isnin lalu, bekas penggerak PPBM dan ahli dari lima bahagian di Negeri Sembilan membuat laporan yang mendakwa pimpinan tertinggi parti mereka gagal mematuhi perlembagaan parti.
Pada Oktober lalu, lapan bahagian Johor turut mengambil tindakan serupa susulan mesyuarat parti selepas setahun penubuhan parti itu belum dilaksanakan.
Sehingga artikel ini disiarkan, pimpinan tertinggi parti PBBM belum mengeluarkan sebarang kenyataan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.